Assalamualaikum awak..:). Syukur awak tak apa2 di sini dan masih seperti selalu..tersenyum manis..tkasih tak miss senyum sedekah untuk saya. Hari ini kerisauan sebagai orang yang sentiasa merindui awak..reda dengan awak munculnya awak...bersama geng penjejak hutan..Jelmol yang mendendangkan awak dgn lagu2nya. Bagus dia orang sebagai wakil rasa rindu awak pada saya...:)))))...perasan le saya ni..:). Lantak aku le Jelmol..korang apa tau..ini 'ruang kecil' aku ngan dia..suka ati kita orang la..:).
Awak..awak..Allah itu Maha Segalanya..dalam rindu pada awak..tak sangka ditakdirkan saya jumpa ayah dan mak awak..depan mata wak!!!..dalam hati gembiranya bukan kepalang. Rasa nak duduk jer ngan dia orang dan lamar awak..:)). Cik..cik..saya .....kawan anak cik yang nama......err...saya nak ambil dia sebagai isteri saya..kalau cik terima..saya belanja cik hari ni..? Alah2... cik dari kamu dok tadi..cik dh berkenan sangat...dgn janggut kamu tu ...sejuk hati cik...:)....hikhik ( kalau lah begitu mudah kan )..pasti saya lamar awak on that day.
Tapi awak..hari ini...kita sendiri telah merumitkan perkara yang mudah dan selamat serta dibenarkan oleh Islam. Yang patut diambil berat sebenarnya adalah persiapan saya untuk menghindarkan awak dari bahang neraka dan membawa awak ke syurga. Dan amat benar..jika Allah izinkan..maka tiada halangan untuk semua itu. Maka marilah kita sama2 berdoa agar kita semua perolehi keberkatan dan keridhaan Allah ya awak. Allah lebih Mengetahui. Semakin kuat kita hendak mendukung agama Allah ini..semakin kuat ujian dariNYA. Kita belum sepenuhnya beriman selagi kita belum diuji oleh Allah.
Namun awak..pagi ini sambil melihat awak dan mendengar 2 lagu pertama blog ini..saya sedih. Ianya bagai membawa yang kita akan mengharungi hidup ini bersama..namun di satu ruang atau masa yang lain..saya membayangkan..penyatuan perasaan kita hanya di sini. Moga penyerahan jodoh kita pada Allah oleh saya benar2 ikhlas supaya saya tidak kecewa satu hari nanti. Saya ni menaip 'provided'...awak memang sayang dan suka saya..dan mahu hidup bersama saya.
Awak...Alhamdulillah...awak di beri petunjuk untuk mendekati Allah lebih dekat lagi..nak tingkatkan pahala. Insyaallah selagi lengkap solat 5 waktu dan sentiasa mencari kesempurnaan dalam solat..Allah akan tolong awak. Pegang ini: Jangan mengatakan diri kita ini sudah cukup beriman sedangkan kita belum benar2 diuji oleh Allah..itu pesanan Allah dlam Al-Quraan. Manisnya iman akan terasa bila diuji..awak tersenyum dan bersabar.
Ok lah awak ..dah 2.58am..esok nak buat pengumpulan pakaian2 terpakai kepada sesiapa nak menderma dan saya buat di Balai Raya depan rumah ni. Datang la...:)). Doakan matlamat ini berjaya ya awak. Oh ya dan..semoga satu hari nanti awak juga akan sertai program ini sebagai penolong ( agama ) Allah yang Allah tawarkan pada kita hambaNYA.
Terimalah rasa sayang saya ini terhadap awak sebagai teman rindu awak..sudikanlah...sekian..:)
No comments:
Post a Comment