Friday, 4 May 2012

Wallahualam

Awak...mana la awak hari ini?? Memang menunggu tu memedihkan yek? Awak tak marahkan saya kan??..Tak pernah saya rasa sepanjang saya 'rasa' ini ada untuk awak seperti semalam. Namun saya bimbang saya hanya perasan semata2..maka itu saya jawap sepatah 2 sahaja. Terus terang saat awak 'like' my status n comment...itulah saat ' rasa' yang selama ini ada terhadap awak..awak hargai..tkasih ye...:).
Malah saya terima itu sebagai satu nikmat yang saya harus syukuri dan belajar jangan meletakkan harapn tinggi atas satu2 nikmat Allah.
Namun percayalah...semua komen saya walau dgn kawan saya..kalau awak baca semula...ia juga adalah untuk awak juga.
Saya nak IM awak bagi menyatakan saya kena pergi dulu ke hal Urusetia..saya juga risau ianya tidak akan dilayan dan lagi merisaukan...awak hilang tiba2.
Jadi , biarlahsegalanya...saya luahkan disini.
Indah??....indah sungguh semalam. Tak pelah awak nak kata saya perasan..katalah. Tapi naluri ini sentiasa berkata awak juga punyai ' rasa' yang sama terhadap saya.
Awak..cukuplah dulu setakat ini. Jangan tinggalkan solat dan jadikanlah alQuran 'teman' penghidupan awak dan juga saya .
Saya amat rindu pada awak...adakah Allah merestui usaha saya untuk melamar dan memperisterikan awak???
Wallahualam.
Assalamualaikum awak..:).....just to tell awak...tak munculnya awak hari ini buat saya rindu dan risau lain dari biasa...adakah ini sayang yang membawa ke syurga ke awak??? adakah ini ujian dan dugaan sebelum saya melamar awak dengan bismillah???
Jangan tinggalkan solat...berniatlah untuk jadi muslimah yang taat perintahNYA dan sentiasa mendapat petunjuk dan hidayahNYA..:)

Wednesday, 2 May 2012

Painful & Jealousy..AM I have a right????..:(

Haruskah aku rasa cemburu begini kuat malam ini apabila dia sedang berbahagia bersama encik kekasihnya. Dia belum lagi menjadi sah milikku..haruskah ku mencemburuinya.
Aku hanya berdoa moga Allah melindungi dan menjaga dirinya. Moga satu hari nanti aku akan memimpinnya jalan ke syurga saat diuji senang ataupun susah..itulah tanda betapa aku juga menyayangi dirinya.

Tuesday, 1 May 2012

kuatnya radio!!

Kejap jer boleh kan awak...lain masa saya temankan awak lama sikit sebab dh nak kekedai ni. Tunggu punya tunggu...muncul jugak awak yang saya sayang ni petang tadi. tak kisah la muncul tu saja2 ke atau untuk sesape..yang penting..sejuk hati ini...yang nampak awak tu sihat..alhamdulillah. Ok lah awak..moga kita jumpa dilain masa...kuatkan radio...kuatkan radio...kuatkan radio...:)