Wednesday, 29 February 2012

Let Me Know..awak...:)

Lagu pertama saya tuju untuk awak..awak tanya dalam IM.." boleh sebut tajuk lagu tu tak bang??"..saya jawab.." Doaku untukmu ....". Awak tanya lagi.." untukmu siapa bang?"..tah berapa kali ber IM..akhirnya saya sebut.." untukmu sayang "..awak senyum dan ucap tkasih...begitulah senda gurau awak..hehe.
Saya benci situasi melawan dalam hati saya ini... skrg ni...yang rindu sangat sangat kat awak.
Bila memikirkan...apa dan bagaimana keadaan awak hari ini dan yang mendatang??..sayang makin kuat wak!
Awak semakin senyap. sakit  lagi ke kepala awak? Awak tak bermasam muka dengan 'si dia ' impian awak kan??
Janganlah gaduh2...nnti payah tau impian awak berdua akan dikabulkan. Ini mengagak jer.
Awak...mcm nk tido awal la saya. Minta jgn lah awak bosan jika pesanan saya hari2 spt biasa la
Sekali2 jgn tinggalkan solat ya awak dan bacalah alquraan.
In another life : awak...ambil lah bahu saya ini..as a shoulder to cry @ sad on. Tkasih. 12:50am..Thursday 1st March...:)...miss u a lot!!awak.

Tuesday, 28 February 2012

[ 0 ]

29/02.....1.10am
Awak...cepat nau mata saya ni mengantok sekarang ni. Rupa2nya baru perasan..'ada FB tapi macam tak da' skrg ni rupanya...ermm..terasa sangat kehilangan seseorang. silap ke tindakan saya ni yg menyangka diri ini menyusahkan seseorang?
Awak..dengan rasa sayang yang ada ini..jangan tinggalkan solat ya..kerana solat adalah anugerah khas Allah bagi kita sebagai umat Muhammad untuk kita berbicara secara direct dengan Allah.
Bacalah Quraan dengan memahami maknanya supaya kita tak tergolong dalam golongan yang celaka. Kerana dengan kita memahami maknanya...insyaallah kita akan ketahui bahawa Allah sangat sayang sayang sayang sangat pada hamba2NYA yang taat padaNYA.
Ya Allah tolonglah lindungi, pelihara dan jagalah si dia.

Andai awak singgah...

Assalamualaikum awak..:). Kalau diizinkan awak singgah di ruang ini..doakan saya ya wak.. esok ditugaskan untuk baca doa Program Motivasi Menara Ilmu Parliman Pagoh untuk 4 buat sekolah kawasan kita ini. First time ni wak..gabrah gak sebab yang bagi ceramah tinggi ilmu orangnya..Dr Rubiah K Hamzah..saya ni apa ada le kan. Tolong ya doakan..mintak lancar aje bacaan saya...TQ ya awak.
Awak sakit kepala awak ada kurang tak?? Sabar ya awak..tenangkan hati yang sakit itu untuk hapuskan dosa2 lepas kita..nanti bersih balik kita ( di sisi Allah )..azam awak jgn lupa ok...canti dan menarik hanya disisiNYA..awak pernah ingatkan saya suatu masa dulu...senyum ikhlas dalam apa jua keadaan Allah bagi...:)...tq sampai hari in dan sampai bila2 saya akan praktik dan amalkan.
Allah lindungi dan tolong jaga si dia ni.,:)

Monday, 27 February 2012

Anugerah Allah..:)

2.17am..Tuesday morning. mcm dulu,,spt biasa kul 2 lebih baru nk menaip msg..:)..trademark...waktu selalu ada..hehe. Awak...saya tggu hari2 hingga saat awak accept saya di FB. Cerita pun malu...hari2 mintak tolong Allah..cuma Allah lum buka hati awak. Kata Allah orang yang sabar tu menang..saya ikut je..saya ni kan hambaNYA..Dia pasti tkkan kecewakan saya..:).
Awak..azam saya utk buat usaha agama spt yg saya pernah bg tau awak dulu..Allah telah buka jalan sikit2. Alhamdulillah..:)...tkasih atas doa awak selama ini. I'm 40's..masa @ umur yg Allah pinjamkan pada saya tak bnyk dah. Umur 40 ni lah..saya telah menyayangi 2 orang wanita dlm hidup saya. 1 sedang saya siapkan mudah2an untuk menghuni syurga bersama..seorang lagi..hanya Allah yang Maha Mengetahui. Mungkin saya ...mungkin orang lain. Zahirnya..saya terlewat. Namun..tak pernah lekang saya panjatkan doa ke arah itu kerana ..maafkan saya..telah terlanjur menyayangi awak. Ingatan saya tentang solat dan membaca al-Quraan bukan untuk memikat hati awak..tapi sebab saya sayang awak..tu ajer. Hati awak untuk orang lainkan??..Sayang tidak bererti saya pasti memiliki awak walau itu adalah 'tingginya khayal' saya terhadap awak.
Awak saya pernah alami umur seperti awak..pernah bergembira..cuma awak untung..sebab Allah pelihara awak..awak tak tinggal solat tapi saya..bukanlah saya kata Allah tak pelihara saya..tapi saya yg hina dan buruk...hancur saya masa zaman tu. Banyak jumlahnya untuk saya 'ganti semula'. Jadi, saya sentiasa ingatkan awak kerana tak mau jadi macam saya. Saat awak rasa awak perolehi hidayah dari Allah..dont look back dear ya...:).
Dengan sebab solat lengkap..maka insyaallah impian awak akan tercapai. So please ya awak...saya bukan bagus pun tapi ingatlah jangan sesekali tinggalkan solat. al Quraan juga kita amat memerlukan..sebab itu adalah guideline kehidpan kita di dunia ini.
Awak...dah 2.55am..mata pun dh melayang2. Awak tkasih kerana tak remove blog ini..tkasaih sangat2. dan tkasih kerana senyuman ikhlas di photo awak di atas. Frankly..bagi saya..cukup ikhlas senyuman manis awak kerana tiap kali saya tatap..hati saya berdebar..sebak..sedih dan ianya sejuk kan hati saya. Bertuah saya rasa diri ini..Allah pikulkan rasa sayang ini pada 2 wanita yang manis senyumannya..Anugerah Allah.
Ok ya wak...ini sebab saya sayang..walau apa jua awak lakukan..peliharalah kehormatan aurat awak ya..ada masa baca al Quraan dengan tafsirannya.
Awak..ermm..tak da apa lah..assalamualaikum.

Sunday, 26 February 2012

Hidden Games...

Best jugak ya awak bukak2 blog ni dgr alunan piano walau sebak..d tmbah background pantai tu..hehe. ringkas je la ni...best sangat saat awk invite saya jadi jiran games "hidden chronical"..masa tu perasan la saya ni kan..gambar kita sebelah2 dan ianya tiada siapa yang tahu..:).
Sejak awak tukar dp photo 2 minggu lepas..tak masuk saya wak games tu...muka jiran saya dah tukau..hehe. tapi hari ni terasa nak jengah balik jiran sebelah saya tu..mana tau dia nak bagi ABC mak dia ke..hehe
Awak tahu sejak kita berjiran ramai pulak nk invite saya jadi jiran ( bkn ninggi diri ya!!)...takut nak accept sbb sayang sangat ngan jiran yg sedia ada ...nnti accept tak memasal tukau...sbb itu ajer la 'hidden' kita berdua di situ..:)
ok la wak...moga Allah pulihkan sakit kepala awak..Allah kata sakit dibagi pada kita adalah utk membersihkan dosa2 yang lepas...so sabar ya hadapinya.

Saturday, 25 February 2012

bukan kepalang tapi...

26/02...12.30am.  Lega bukan kepalang bila dia muncul depan mata tapi...dia derita le...hanya ingin dia  tahu..betapa sedih dan risaunya aku namun apakan dayaku..sedih dan simpati ini hanya Allah tahu bagaimana rasa nak bebak dada ini...:(
Ya Allah...ringankan lah derita dia dan moga dia bersabar hadapi ujianMU ya Allah.

Cik...

25/02...9.30pm. Ya Allah rindu amat sangat pada si dia. Kelibat dia..ketawa dia..senyum dia { :) }...dan yang rindu sangat ayat2 dia dan ayat ini sangat ku rindu akan dia ' memanggil kucing :) '...jahat..hehe. Aku rindu cara dia berhubung dengan ku hanya melalui lagu2 dan kata2 dan yg paling best ' the amazing how we can talk thru our heart in silence '.
Mengapa Ya Allah akhirnya dia hilang begitu saja..senyap tanpa berita??..Sesungguhnya aku mengerti dia bukan hak aku dan tiada yg kekal di dunia ini '. Berat sangat ke salah ku ini Ya Allah..aku cuma nyatakan 'rasa sayang' yg telah Allah hadirkan dalam diri ini terhadap dia. Aku tak pernah dalam detik hela nafasku ini untuk ' buang' dia tapi aku cuma ' hilangkan ' diri ini dari pandangan dia kerana ku fikir itu buat dia bahagia.
Aku manusia biasa Ya Allah..yang ada ego...namun demi Allah dan Rasul telah ku ketepikan semua itu..telah cuba ku tegakkan rasa kasih aku terhadap Rasul ku..ku hulur salam sejahtera dan salam ' tanganku'...namun tidak ku sangka sejak saat itu...ia terus sepi dan ku tertanya2 setiap saat...dimanakah dia yang ku rindu dan sayang.
Aku hanya ingin dia tahu melalui ' bilik kecil' ini...aku semakin berat diuji olehMU ya Allah...semakin kuat rindu dan sayang ini. Aku hanya mampu berdoa moga Allah tolonglah jaga si dia. Tolonglah ingatkan dia akan solat untukMU ya Allah. Tolong pelihara kehormatan aurat dia di bawah peliharaanMU Ya Allah.
Ya Allah akan terus ku tanggung 'rasa ini' sehingga saat kau tariknya kembali. Ya Allah...cik ini dia memerlukan satu saja dalam hidup dia "cantik dan menarik di sisi Penciptanya"..ku pohon Allah..makbulkanlah dan sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui.

Thursday, 23 February 2012

benci dan dengki

berapa hari awak saya tak update status di blog. Mungkin kini awak sudah mula praktikal..alhamdulillah. Cuma sebelum subuh ni..awak...benci dan dengki boleh membawa kemurkaan Allah. Maka percayalah..saya tidak sebesar kumin membenci dan dengkikan awak. Saya tenang sekarang ini bila lihat awak hari ini sedang nikmati bahagia.
Apa pun keadaan atau apa sedang awak pikul sekarang ini...jangan sekali2 lupakan solat ya awak dan sama2 hari2 kita bertaubat demi menghapuskan dosa2 yang telah lalu...insyaallah.
Saya rindukan ketawa awak spt selalu..mcm ni---->hehe

Sunday, 19 February 2012

Percayalah...bukan benci @ dengki..tapi nak awak bahagia

Satu keputusan yang bukan kerana kesalahan awak..bukan kerana saya benci awak..bukan kerana dengki awak..tapi kerana saya sayang awak. Kalau kehadiran saya menyakiti dan membuat awak tidak selesa sedangkan awak saya sayang...lebih baik saya hilang dari pandangan awak. Saya tahu awak berhati mulia tidak sanggup lakukan 'unfriend' saya..tapi saya sanggup untuk kebahagiaan orang yang saya sayang. Awak..masa kan awak sakit kepala dan nampak awak online saya mampu berdiam diri? Ucapan assalamualaikum ( selamat sejahtera atas kamu)...dibalas dengan kehilangan awak dari chat..amat tidak saya sangka. Namun, pastinya Allah lebih mengetahui kenapa ianya berlaku. Saya tak kisah dengan tiba2 status awak berdua 'berbaju merah' kerana segalanya saya sudah serahkan pada Allah.
Awak...setidak-tidaknya keikhlasan saya untuk mengambil awak sebagai suri hidup saya pernah saya nyatakan. Tiada niat untuk awak saya jadikan kekasih gelap saya kerana saya takut dengan hukum Allah. Allah telah bagi saya rasa sayang terhadap awak sejak awak bersedih saat seseorang mengecewakan awak dan rasa itu Allah tidak tarik lagi dari hati ini. Saya telah dibagi peluang untuk temani awak ketika awak mengadu sakit..diberi peluang saat awak study. Itu semuanya manis. Saya diberi peluang untuk menangis bersama awak saat membaca   nukilan2 di msg inbox ex bf awak. Saya kira saat itu awak perlu disayangi dan dilindungi. Saya merasakan saat itu tiada siapa tempat untuk awak luahkan kerana ditambah lagi dengan kata2 awak..awak tinggalkan Mr awak kerana dah tak da 'rasa' itu..saya telah diuji oleh Allah dengan rasa rindu dan sayang yang akhirnya saya berniat ikhlas keranaNYA juga untuk jadikan awak surihidup saya. Rupa2nya fikiran saya meleset...awak menghendaki Mr R rupa2nya. Menanti selama 4 bulan untuk status in relationship itu.
Dan kini awak bersamanya...awak kelihatan lebih ceria dan gembira.
Apa pun awak..tindakan saya semata2 kerana sayang dan hendak awak selesa ber FB. Saya hanya mampu berdoa..andainya satu hari nanti Allah tetapkan kita ada jodoh...maka jadilah saya 'pelindung' awak yang ingin bawa awak menuju jalan ke syurga. Dan andainya jodoh awak bersama Mr awak...maka kita akhirnya bersaudara.
Untuk awak kecapi kebahgiaan bersama Mr awak satu hari nanti..Jangan tinggalkan solat dalam apa jua keadaan...dan awak.. banyakkan baca al-Quraan. Pastinya ada hikmah dibalik semua ini. Allah nak bagi hanya yang terbaik untuk kita dua sebagai hambaNYA.

Errm..Ingin melindungi awak..:)

Awak...kerana pertahan kata2 saya tak mau 'sentuh' awak di FB. 'sentuh'?? sesuai ke word ni wak?? sentuh ertikata sentuh status or msg...semakin tebal rasa rindu ni awak. di lawan...makin risau saya akan awak..makin sayang..lagi lah status sakit kepala awak tu tak senang2. ya la melibatkan  sakit kepala..bahaya wak!. Referlah to doctor. Akhirnya msg juga kat inbox awak...dah tak tahan sangat tahap kerisauan ni. Ya lah mungkin tulisan saya ni saya ajer baca dan simpan sorang2 kan??hehe. Jangan dibiarkan ya awak. Cari ubatnya ok..jangan biarkan nati sukar awak nak beramal dan beribadah.
Lagi satu..sory lah gambar atas tu saya kecikkan..:). Pagi tadi dengar TV Alhijrah berkenaan aurat. Kata ustaz fikirkan..jika menurut Imam Syafie..anggota yang terpisah dari badan..contoh tangan terputus atau kaki terputus...dan yang paling mudah..gunting rambut di salon..rambut yang dipotong itu..dikira aurat.. lihatlah betapa  Allah memberatkan aurat. So masa tu saya terfikir foto awak dlm blog ni..saya nak tatap hari2..kesian awak..atas janji saya dulu..ingin menjadi pelindung awak...ambil la saya paras yang saya rasa..aurat awak di tutup dan saya dibenarkan lihat. Jangan kecil hati ya awak...saya buat ni coz tak de lain...sayangkan awak biarlah sayang atas jalan Allah..:)
Lagi satu awak..mungkin awak marah ni...tapi saya sayang awak ikhlas kerana Allah..saya cakap la jugak. Kalau awak berskype ngan kawan lelaki ke..saya bukan baik ok!!tapi Allah ingatkan nak berpesan perkara kebaikan tak perlu tunggu org tu jadi baik sepenuhnya...moga Allah lindungi awak kan...pakai tutup kepala ya  awak. Kata2 awak saya ingat..nak menarik dan cantik hanya di sisi Allah..maka jangan bagi Allah murka..itu jer pesanan saya.
Ok lah awak ...saya mohon pada Allah agar blog ni awak singgah dan baca.
Mudah2an dengan rasa sayang saya terhadap awak dan 'kakak awak'..boleh mendekatkan dan seterusnya kita dapat menghuni syurgaNYA ya awak.
Tolong ya..jaga kepala tu..check...check...n ...check...:)
Akhir kata..Jangan kita lupa dan tinggalkan solat ya awak..dan moga kita hari2 buat solat sunat taubat...:)

Friday, 17 February 2012

Esok??

Assalamualaikum awak...:) skrg 3.15am. Moga awak sedar utk bertahajjud. Kepala sakit lagi ke wak? Saya doakan ianya beransur pulih. Saya baru jer baca blog awak. Tahniah dan syukur..peringatan Allah telah awak lakukan..saling memaafkan sesama insan..dan yang penting tiada dendam..kerana dendam dtgnya dari rasa kecewa dan marah..Allah telah hapuskan dua rasa itu dalam diri awak...:)..syukur. Cuma lepas ni..sayangi diri sendiri diutamakan ya awak...itu peringatan Allah juga.
Saya ni kalau awak nk anggap stalker...anggaplah wak..sbb rajin sgt tengok FB wall awak..hehe..ya la..saya kan sayang awak..:). Esok awak nak balik Melaka ya.? Dah nak mula praktikal ke? Kalau ya...selamat bertugas. Baik2 tau jaga budak2. Jaga saya lagi senang drpd jaga kanak2..hehe. Jap..tutup tingkap jap...seram pulak!!. Ok dah.
Awak...saya juga jap tadi tgok album awak..banyak jugak gambor awak saya like. Kalau awak ingat mula-mula saya IM awak..it abt yr face mcm Liya hot.fm?...Lupakan?...tak pe..manusia Allah jadikan memang mudah lupa termasuklah saya ni. ada satu foto tu memang foto tu masa tu mcm si liya. nama dah dekat sama lak tu..hehe.
Awak...saya tak pernah beritahu kenapa saya suka awak kan??..:). Yang paling utama la kan..awak pandai ambil hati saya dan awak tau apa cara buat saya gembira dan tenang. Itu ajer...:). Nak banyak2...settlekan praktikal dulu...hahaha.
Ok la awak..bukan nak bangga diri..dah 3.35am...saya nak solat tahajjud. Harap sangat saya boleh kejutkan awak sekarang..beramal sama2..sembahyang sama2..:). Tak pa...saya sentiasa panjatkan doa pada Allah..jika diizinkan..ianya akan makbul..kalau tidak...itu semua sudah takdir yang ditentukanNYA.
So, selamat solat tahajjud dan solat subuh ya awak. Kalau balik ke Melaka esok..drive safely. Sakit kepala tu jgn dibiarkan.
Walau dimana awak berada dan lakukan..jangan tinggalkan solat ya awak..selagi solat tersemat dalam hati awak..Allah akan jaga awak..:)...ingatan untuk saya jugak. Banyakkan baca Al Quraan terutama lepas subuh ya awak. Ini semua sunnah Nabi saw.
Moga Allah jaga dan lindungi awak sepanjang di Melaka nanti. Walau di mana awak dan apa awak lakukan..doa saya sentiasa ada untuk awak..kerana dengan doa itulah tandanya saya rindu dan sayangkan awak dan itulah jalan Allah...:)

Thursday, 16 February 2012

Lega hingga Lena...:)

Syukur Alhamdulillah awak..:)...hari ini awak kembali berstatus. Jangan merajuk dgn FB lagi ya...:)
Lisa : Kejam kan FB..:(
Maya: tak Lisa.. FB tak kejam..tapi manusia yang tak tahu menghargai FB yang kejam..
hehe..pagi2 berlakon lak...mahal tau filem ni..hehe.
Awak..setidak2nya hari ini dgn berstatusnya awak...silaturrahim dengan kawan2 awak yang mengharap kelibat awak terjalinkan?? Eloknya FB kan??..:). Awak ber FB...awak telah menceriakan kawan2 awak..awak dpt sedekah fatihah pada bapa kawan awak..:)....itu yang Allah galakkan kita buat 'menceriakan dan bersifat hati yang pemurah sesama insan'...telah dpt awak lakukan walau awak mungkin dalam keadaan tak sihat. FB baikkan? seandainya kita niatkan ikhlas berFB kerana Allah..:). Setidak2nya dalam awak tak sedar..awak telah menggembirakan hati seseorang..mudah2an pahala Allah ganjarkan untuk awak...:)
Saya bukanlah baik atau sempurna bila saya katakan kata2 seperti ini tapi saya cuma ingatkan diri saya dan sampai2kan ajer akan perkara kebaikan..itu peringatan Allah. Banyak lagi diri ini saya perlu perbaiki.
Awak saya hanya mampu berdoa agar nukilan2 saya di blog ini awak singgah dan baca..:)..mudah2an Allah buka pintu hati awak untuk singgah di blog kita ini..:). Baru terjaga ni setelah terlelap kul 2 tadi. Andainya awak terjaga jugak..Jom Tahajjud ya awak..:)
Ok lah awak semoga esok kita sama2 dapat tingkatkan amal kita di FB..:)
Sedih kerana baru hari ni tau awak sakit kepala hampir hari2. Abt that pain..bila kali terakhir awak check mata awak? saya bimbang power mata awak perlu ditambah. Ini berdasarkan pengalaman mak saya dan 'kakak awak'..kerap sakit kepala dulu2...rupanya sebab mata...wallahualam.
Cuba buat periksa mata ya awak..:)
Ok awak..andai ada jodoh kita jumpa lagi..:) kerana usaha saya setakat ini ialah 'berdoa'...saya tak takut jika awak nanti hendak hidup bersama lelaki lain kerana awak..saya..sayang..kasih..cinta...semua hak Allah. selagi saya rasa kasih dan sayang pada awak ini ikhlas kerna Allah..tidak ada apa perlu saya takutkan jika hati awak bukan untuk saya. Jika kerana Allah...biarlah 'kasih dan sayang' saya pada awak membolehkan kita sama2 menghuni syurga Allah ya awak...dan saya takkan berputus asa untuk berdoa..:)
Selamat bersolat tahajud dan juga subuh nanti ya awak.
Jangan tinggalkan solat ya awak
Bacalah sepotong dua ayat Quran sebelum melihat cahaya pagi di siang hari ya awak..:)
In another life : kita saling sayang dan rindu sangat antara satu sama lain..hari-hari..:)

Terimakasih Allah...

Ya Allah..skrg jam 9.34pm Khamis malam Jumaat...Kau Ya Allah telah membuat hati aku gembira dan sebagai hambaMU aku bersyukur doaku hari ini Kau makbulkan...Ya Allah Kau menjaga dia..Kau membuat kelibatnya muncul di FB..hanya seketika tapi cukup menenagkan aku ..dia selamat...:) terimakasih kerana makbulkan doaku..
Awak...syukur awak muncul walau seketika like status kawan2 awak...:)

Wednesday, 15 February 2012

Terimakasih awak...:)

Alhamdulillah. Terimakasih kerna mengizinkan segalanya mengenai awak dalam blog ini...:). Awak...bila ya agaknya awak mula praktikal kan??esok..lusa..minggu depan?? tak pe la tak nk bg tau...yang pnting u r ready dlm keadaan sihat sejahtera..:). Allahhuakbar...guruh la awak...kena shut down wifi jap...saya rindu sangat kat kelibat awak....:).
Sambung kejap sbb masih ada guruh. Awak.. belum pun In another life, u always try to make me happy..and..saya pun begitu juga. Nnti jumpa di lain masa di sini ya awak ( berdoa moga awak singgah sebentar di sini)..:). Jangan tinggalkan solat ya awak walau di mana atau apa jua yang sedang awak lakukan dan marilah kita sama2 banyakkan baca tafsiran Al-Quraan kerana itulah panduan hidup kita.
Awak...saya serahkan doa saya untuk jadi pelindung hidup awak pada Allah, kerana sayang dan kasih yang ada dihati awak itu milik Allah. Jika Allah katakan saya orangnya...saya lah.. kalau bukan...bukanlah. Dan fakta menarik tentang kita berdua ialah...kita mampu berbicara melalui hati dan kita memahami..dan Allah hanya melihat hati dalam keikhlasan kasih sayang. Saya sampai hari ini...mengenai awak ajer...debaran itu ada dan bila keadaan awak tiada di FB...debaran rindu dan sayang dan ingin tahu....hari demi hari bertambah walaupun awak seakan meminggirkan saya. Itu saya katakan tadi...redha dan pasrah akan perintahNya dan takdirNya. In another life: Maafkan saya kerana saya sayang dan rindu pada awak...assalamualaikum awak..:)....dan saya nak tidur ya awak...maaf tak dpt temani awak kerana awak sudah ditemani. Namun saya masih tetap d sini ..insyaallah

Monday, 13 February 2012

Tolong maafkan saya bebanyak awak...:(

Jam menunjukkan pukul 2.50. Terlebih dahulu maafkan saya ya awak..jgn marah..dah tua saya ni...kalau kena marah sedih benor rasanya. Maafkan saya guna foto2 awak dalam blog ni. Saya panggil blog ni..blog saya dan awak...bolehke?..hehe. Saya tak buat ubat guna2 tau foto2 awak ni...syirik namanya tu..:). Saya cuma nak abadikan jer dlm bentuk blog wajah2 awak. Yang penting siapa diri awak tu yang ada dalam hati saya..:).
Awak saya ni ada taik lalat kat telinga..kata abah..degil dan tak dengor kata..hehe. Oleh kerana rindu sgt kat awak..pii la kat google search lagi..degil tadi tu...bukan tak risau awak akan gelar saya 'stalker'..tp rindu sgt tadi tu..sayang usah ceritala kan..:)..dpt type nama awak pun jadila. Cam biasla kuar photo2...ermm...tak pe le. tengok satu2. Eh eh ada nama blog lain le pulak ni. Teringat di status FB awak ada kawan tanya psl blog awak..awk kata ada lagi nama web jer lain. Saya ni masa tu dlm hati kata...ye ke???. so jgn marah ya..pagi ni bukan search blog..tapi rindu sgt nak type nama awak...tau kan rindu tu apakan??  hehe...tau kan sayang tu juga apakan??hehe. Maka membaca le saya akan nukilan2 awak.
Ni yang bab menarik ni. Bab saya kuat perasan..haha..satu perkataan 'kenyit mata'...dulu nk tanya dah..Saya punya blog pun ada perkataan kenyit mata. Kebetulan ke tu ya awak??..kalau tak siapa dulu guna..saya ke awak ya?? Ooo...awak ikut saya ya..biasa dia ya!!..hehehe. Itu satu..ke-2...lagu pembukaan tu..sama dgn lagu awak post kat wall awak...tajuk wall..'tiba2 teringat someone..hehehe'....saya like awak pun like.
Awak tau apa yang mamat perasan ni rasa???..samalah apa yang awak rasa..:)...kalau salah...memang saya kuat perasan..haha.
Awak..tiada tempat luahan perasaan saya ini terhadap awak kecuali di blog ini. Saya jangkakan akan suprise on your birthday that...blog ini sebagai hadiah tak seberapa dari saya. Maka saya ambil keputusan untuk bagi tau awak jap ajer lagi. Sedih saya baca nukilan2 awak bulan Feb. Ada hari yang awak tak sihat rupanya..:(...Saya biarkan awak...tak temankan awak mcam biasa...:(. Saya nak temankan..awk muncul 3 minit ajer...hehe. Saya risau awak takut Mr Right marah ke ber FB dgn lelaki lain. Now, saya akan katakan pulak landaskan ini...In another life: u love me too...maafkan saya tak jaga dan temankan awak..saya pernah berjanji dulu utk temankan awak dan jika dizinkan Allah...jadilah saya pelindung awak...maafkan saya awak. Saya takut untuk mengatakan awak sayang dan rindu saya jugak berdasarkan hubungan suara hati kita di status kita...walaupun ayat2 awak memang jelas menunjukkan rasa kita adalah sama..namun tak berani saya nak mengiakan...kerana...saya bukan Tuhan..Namun In another life: we love each others.
Awak..berhenti di sini dulu. nanti saya akan bagi password blog ni kerana seandainya awak marahkan saya..sebagai rasa bersalahnya saya buat awak marah kerana guna foto awak tanpa kebenaran..delete lah blog ini kerana di post pertama saya dalam blog ini ada saya katakan untuk delete blog ini selepas hadiahkan pada awak...rupa2nya...saya tak mampu..coz inilah tempat saya menyayangi dan melepaskan rindu pada awak...Maafkan saya awak ya...:(....mudah2an Allah lindungi kita dari melakukan perkara yang mungkar ya awak...:)...Saya juga tak mampu untuk tunggu sampai birthday awak kerana...saya nak awak tau yang saya rindu rindu dan rindu sangat kat awak..

Sunday, 12 February 2012

Great Comeback!!

Alhamdulillah...muncul jugak akhirnya awak. Lega bukan kepalang tengok kemunculan awak di FB. Walaupun kemunculan awak atas komen photo Birthday Mr Right agak...pergghh..erghhh ...kat lulu hati ni..tapi ini semua kerja Allah...mampu ke kita menghalangnya?? (pinjam ayat awak di salah satu status FB awak..hehe).
Sebelum awak muncul tu..saya saja tengok2 wall Mr. Right awak..hehe...sesaja. Tengok fren2 dia..OOPSS terkezut saya ada ex bf awak..satu kelas ke??...:)
So tengok2 lah sikit2...komen2 awak di photo dia...:).....hehe. Dah dah...benda dah lepas. Cuma teringat saat awak berkongsi akan cerita dgn saya mengenai apa yang dilakukan pada awak...i mean..kat inbox dia tu..so tak lah ronda luas2 wall dia....hehe.
pa pun...in another time:....izinkan saya pulak jadi pelindung awak...:)...sebab saya sayang  dan rindu awak..:)

Thursday, 9 February 2012

Sedih....:(

Status awak hari ni antaranya..."sorry Mohd ........". Apa yang berlaku ?! 2 3 malam sebelum kita berbicara macam biasa awak..that it was amazing so far on how we can speak right to our heart macam sebelum2 ni. tapi lepas tu awak diam. Kenapa ni awak?? Awak pun tahu kan saya risau kalau awak bediam diri..adakah awak teluka atau bersedih?? Baru semalam awak ceria dapat result...tiba2 macam tak percaya awak senyap. Memangla hati awak bukan untuk saya dan perasaan saya tak penting cuma sebagai orang yang menyayangi awak saya ingin berkongsi sama apa masalah yang awak hadapi.
In another life: awak....kenapa ni wak?? ada org sakiti awak ke atau saya yang sakiti awak?? jika ianya saya..tolong maafkan saya. Awak apa guna saya di sisi awak jika awak tak gunakan saya?? Saat saya mula menyayangi awak...saya dengan ikhlas merelakan dan tolonglah awak...use me.
Jika awak sudah izinkan saya jaga hati awak...please let me be your tempat buang sagala masalah awak ok?? EEEeee...saya benci la awak ni Z....awak selalu buat saya berdebar tau kerana takut kehilangan awak!!....:)

Wednesday, 8 February 2012

Raikan sorang2...tak pe la sebab dah sayang...:)


Nak pangil kucing..kucing tah mana?? Status awak : yeay..bnyk dapat A  sem nie :). siang sblum tahu result awak..tergerak dlm hati ..bila lah dia ni naik sem baru.? tup2 mlm kuar result. syukurlah dalam awak tak sihat..banyak dugaan masa exam..awal tahun..dpt bnyk A jugak..:)...tapi mlm result ni kuar di FB awak..saya lak sunyi..rindu dgn kelibat awak.
In another life : awak ..saya bnyk dpt A la result...So?? apa kaitan dgn saya??..awak ni memang le ...jahat!!..Mana awak tahu saya jahat??..:)..awak masuk priksa hati saya ke??hehe...awak..kalau saya jahat tak de nya saya nak duduk dalam hati awak hari2 temankan awak sampai awak tidor...:). Cuma awak ajer yang tak tahu.??!!..Eh! eh! kata dok dlm hati saya..patut awak tahukan??!..:). Awak duduk je dalam hati saya..jaga saya..sebab saya rasa selamat..dan jadilah pelindung saya..:). Kalau awak cuba lari...awak tak dapat lagi senyuman saya ini lagi..sampai bila2 tau..:)
WOWWWWW!!!!...........:)....in another world..hehe

Tuesday, 7 February 2012

Mintak maaf dulu...:(

Hai awak..apa apa pun saya mohon maaf kerana guna foto awak tanpa izin dari awak untuk blog simple ni. Sejak awak remove blog awak..terus terang..saya rasa malu sangat sebab tanpa saya sangka saya rupanya kacau privacy awak dan Mr Tiong awak. Saat bila saya nak retrive blog awak..tengok2 tak da..Ya Allah...teruk sangat ke diri saya ini sampai awak remove blog awak tu. Rasa saya ni jahat dan busy ody betul hingga buat awak tak selesa. Maafkan saya ya awak. Saya tak menyangka begitu awak berdua sedang d lamun kasih sayang. Lama rupanya awak mengharapkan dia sejak awak tinggalkan Mr Tiong awak. Luluh hati saya lihat kemesraan awak berdua tapi bila melihat awak berdua gembira dan yang penting awak ..jelas awak gembira bersamanya...saya rasa itu yang penting..awak ceria dan bahagia.
Saya manusia biasa...selagi rasa sayang ini Allah tak tarik lagi..selagi itu saya perlu pikul rasa ini. Jadi, di sebalik awak remove blog awak..saya pula datang idea untuk create satu blog luahan ikhlas saya..dan rancangannya nak bagi awak pada birthday awak 14/03..mudah2an tercapai hasrat saya untuk saya hadiahkan pada birthday awak. Lagi selamat rasanya lalu sini drpd msg di fb.
Apa pun saya pohon maaf sekali lagi atas kurang ajar saya tak minta izin awak dulu. Oh ya..plan saya selepas 14/3 saya akan remove blog ini...:) jadi jangan risau ia tak kekal...mana ada yg kekal kat dunia ini kan...hehe
Sekian