Thursday, 16 February 2012

Lega hingga Lena...:)

Syukur Alhamdulillah awak..:)...hari ini awak kembali berstatus. Jangan merajuk dgn FB lagi ya...:)
Lisa : Kejam kan FB..:(
Maya: tak Lisa.. FB tak kejam..tapi manusia yang tak tahu menghargai FB yang kejam..
hehe..pagi2 berlakon lak...mahal tau filem ni..hehe.
Awak..setidak2nya hari ini dgn berstatusnya awak...silaturrahim dengan kawan2 awak yang mengharap kelibat awak terjalinkan?? Eloknya FB kan??..:). Awak ber FB...awak telah menceriakan kawan2 awak..awak dpt sedekah fatihah pada bapa kawan awak..:)....itu yang Allah galakkan kita buat 'menceriakan dan bersifat hati yang pemurah sesama insan'...telah dpt awak lakukan walau awak mungkin dalam keadaan tak sihat. FB baikkan? seandainya kita niatkan ikhlas berFB kerana Allah..:). Setidak2nya dalam awak tak sedar..awak telah menggembirakan hati seseorang..mudah2an pahala Allah ganjarkan untuk awak...:)
Saya bukanlah baik atau sempurna bila saya katakan kata2 seperti ini tapi saya cuma ingatkan diri saya dan sampai2kan ajer akan perkara kebaikan..itu peringatan Allah. Banyak lagi diri ini saya perlu perbaiki.
Awak saya hanya mampu berdoa agar nukilan2 saya di blog ini awak singgah dan baca..:)..mudah2an Allah buka pintu hati awak untuk singgah di blog kita ini..:). Baru terjaga ni setelah terlelap kul 2 tadi. Andainya awak terjaga jugak..Jom Tahajjud ya awak..:)
Ok lah awak semoga esok kita sama2 dapat tingkatkan amal kita di FB..:)
Sedih kerana baru hari ni tau awak sakit kepala hampir hari2. Abt that pain..bila kali terakhir awak check mata awak? saya bimbang power mata awak perlu ditambah. Ini berdasarkan pengalaman mak saya dan 'kakak awak'..kerap sakit kepala dulu2...rupanya sebab mata...wallahualam.
Cuba buat periksa mata ya awak..:)
Ok awak..andai ada jodoh kita jumpa lagi..:) kerana usaha saya setakat ini ialah 'berdoa'...saya tak takut jika awak nanti hendak hidup bersama lelaki lain kerana awak..saya..sayang..kasih..cinta...semua hak Allah. selagi saya rasa kasih dan sayang pada awak ini ikhlas kerna Allah..tidak ada apa perlu saya takutkan jika hati awak bukan untuk saya. Jika kerana Allah...biarlah 'kasih dan sayang' saya pada awak membolehkan kita sama2 menghuni syurga Allah ya awak...dan saya takkan berputus asa untuk berdoa..:)
Selamat bersolat tahajud dan juga subuh nanti ya awak.
Jangan tinggalkan solat ya awak
Bacalah sepotong dua ayat Quran sebelum melihat cahaya pagi di siang hari ya awak..:)
In another life : kita saling sayang dan rindu sangat antara satu sama lain..hari-hari..:)

No comments:

Post a Comment