Friday, 4 May 2012

Wallahualam

Awak...mana la awak hari ini?? Memang menunggu tu memedihkan yek? Awak tak marahkan saya kan??..Tak pernah saya rasa sepanjang saya 'rasa' ini ada untuk awak seperti semalam. Namun saya bimbang saya hanya perasan semata2..maka itu saya jawap sepatah 2 sahaja. Terus terang saat awak 'like' my status n comment...itulah saat ' rasa' yang selama ini ada terhadap awak..awak hargai..tkasih ye...:).
Malah saya terima itu sebagai satu nikmat yang saya harus syukuri dan belajar jangan meletakkan harapn tinggi atas satu2 nikmat Allah.
Namun percayalah...semua komen saya walau dgn kawan saya..kalau awak baca semula...ia juga adalah untuk awak juga.
Saya nak IM awak bagi menyatakan saya kena pergi dulu ke hal Urusetia..saya juga risau ianya tidak akan dilayan dan lagi merisaukan...awak hilang tiba2.
Jadi , biarlahsegalanya...saya luahkan disini.
Indah??....indah sungguh semalam. Tak pelah awak nak kata saya perasan..katalah. Tapi naluri ini sentiasa berkata awak juga punyai ' rasa' yang sama terhadap saya.
Awak..cukuplah dulu setakat ini. Jangan tinggalkan solat dan jadikanlah alQuran 'teman' penghidupan awak dan juga saya .
Saya amat rindu pada awak...adakah Allah merestui usaha saya untuk melamar dan memperisterikan awak???
Wallahualam.
Assalamualaikum awak..:).....just to tell awak...tak munculnya awak hari ini buat saya rindu dan risau lain dari biasa...adakah ini sayang yang membawa ke syurga ke awak??? adakah ini ujian dan dugaan sebelum saya melamar awak dengan bismillah???
Jangan tinggalkan solat...berniatlah untuk jadi muslimah yang taat perintahNYA dan sentiasa mendapat petunjuk dan hidayahNYA..:)

Wednesday, 2 May 2012

Painful & Jealousy..AM I have a right????..:(

Haruskah aku rasa cemburu begini kuat malam ini apabila dia sedang berbahagia bersama encik kekasihnya. Dia belum lagi menjadi sah milikku..haruskah ku mencemburuinya.
Aku hanya berdoa moga Allah melindungi dan menjaga dirinya. Moga satu hari nanti aku akan memimpinnya jalan ke syurga saat diuji senang ataupun susah..itulah tanda betapa aku juga menyayangi dirinya.

Tuesday, 1 May 2012

kuatnya radio!!

Kejap jer boleh kan awak...lain masa saya temankan awak lama sikit sebab dh nak kekedai ni. Tunggu punya tunggu...muncul jugak awak yang saya sayang ni petang tadi. tak kisah la muncul tu saja2 ke atau untuk sesape..yang penting..sejuk hati ini...yang nampak awak tu sihat..alhamdulillah. Ok lah awak..moga kita jumpa dilain masa...kuatkan radio...kuatkan radio...kuatkan radio...:)

Monday, 30 April 2012

gagal seketika untuk beramal

Assalamualaikum awak :). Maafkan saya kerana dah lama tak gerakkan awak solat subuh. Phone saya rosaklah awak buat masa ni. Kurang pahala saya kan..jika ada ganjaran la dari Allah. Awak..syabas ya awak kalau awak berjaya baca al-Quraan..saya ni pandai nasihat awak...tapi sejak akhir2 ini..kurang betul baca alQuran..saya rasa berat sangat nak baca..tah pe pasal le. Nak kena lawan ni kan??
Awak..kalau awak ada baca terjemahan Al Quran..sampai2kan lah...mudah2 besar pahalanya yang Allah ganjarkan.
Awak...setakat ini dulu...terimakasih atas senyuman penyejuk hati saya disini..dan jangan tinggalkan solat ya wak...:)

Sunday, 29 April 2012

Aku Tewas

Assalamualiakum awak..:). Maafkan saya kerna terlalu lama meninggalkan awak sorang2 di ruang kecil saya ini. Sejak pulang dari kerja2 amal di Landap sampai lah saat ini 29/04 jam 06:18pm. Saya pernah berjanji untuk temani awak sedaya mungkin dan berjanji untuk berkongsi cerita di Landap namun saya mungkiri. Maafkan saya..:(. Sekembali dari Landap saya seperti biasa menziarahi awak di UTC. Banyak post2 terbaru yang membuatkan saya terdiam dan mersakan diri ini terlalu kecil  dan tidak layak untuk menemani seumur hidup awak...:( apatah lagi menjadi 'pelindung' awak. Hidup awak sebelum ini penuh warna2 yang telah dihiasi cantik dan ditemani oleh 1 @ 2 orang lelaki...yang sentiasa menghulurkan bahu saat awak 'letih'...apalah saya ini kalau nak dibandingkan dengan saya ini yang kuat perasan..kecil sangat saya dan tewasnya saya apabila saya 'mencemburuinya'.
Awak telah digerakkan Allah untuk ingin merasakan seseorang yang mampu menjadi pelindung awak dan 'imam' kepada diri awak. Kerap dalam tulisan saya...saya ingin bersolat jemaah dengan menjadi imam kepada awak. Selepas selesai solat..awak mengucup tangan saya dan saya mengucup dahi awak. Tetapi setelah menyuarakan hasrat dan keinginan itu sendiri...saya rasa sedih kerana adakah jodoh saya dengan awak kerana selama ini kehidupan awak dipenuhi warna indah dalam erti kehidupan oleh orang lain. Saya terasa saya hanya sebagai 'pendatang' yang cuba untuk menemani dan membahagiakan awak.
Saya cuba untuk tidak menghiraukan perasaan saya lagi...saya fikir saya kuat..namun kekuatan 'rasa sayang' ini terhadap awak semakin kuat dan kuat. Tewas lagi saya dalam cubaan saya. Akhirnya saya meminta padaNYA..jadikanlah rasa kasih dan sayang ini terhadap awak..adalah yang dirahmatiNYA dan diredhaiNYA.  Maafkan saya awak...kerana tidak mampu menghentikan rasa sayang ini terhadap awak..saya berdoa agar satu hari nanti saya akan ditakdirkan melafaz BISMILLAHIROHMANIROHIM melamar awak...walau disaat ini awak rindu merindui dan sayang menyayangi bersama seseorang di depan mata hati saya. 
Maaf awak keadaan tidak mengizinkan...SOLAT YA SAYANG DAN JANGAN SESEKALI SAYANG TINGGALKAN SOLAT OK..:)

Wednesday, 18 April 2012

Seciput amalan...

Hai awak...cuma nak bagi tau..pada tarikh ini 19/04...kurang amalan saya sbb h/phone tertinggal d tempat cari makan, so tak dapat nak kejutkan awak subuh...:( . sedih sangat walau awak tak suruh pun tapi ini ajer saya mampu buat untuk collect pahala sikit melalui rasa sayang dan rindu ini.
Ok awak ..moga Allah gerakkan awak untuk solat subuh nanti  ya..