Monday, 30 April 2012

gagal seketika untuk beramal

Assalamualaikum awak :). Maafkan saya kerana dah lama tak gerakkan awak solat subuh. Phone saya rosaklah awak buat masa ni. Kurang pahala saya kan..jika ada ganjaran la dari Allah. Awak..syabas ya awak kalau awak berjaya baca al-Quraan..saya ni pandai nasihat awak...tapi sejak akhir2 ini..kurang betul baca alQuran..saya rasa berat sangat nak baca..tah pe pasal le. Nak kena lawan ni kan??
Awak..kalau awak ada baca terjemahan Al Quran..sampai2kan lah...mudah2 besar pahalanya yang Allah ganjarkan.
Awak...setakat ini dulu...terimakasih atas senyuman penyejuk hati saya disini..dan jangan tinggalkan solat ya wak...:)

Sunday, 29 April 2012

Aku Tewas

Assalamualiakum awak..:). Maafkan saya kerna terlalu lama meninggalkan awak sorang2 di ruang kecil saya ini. Sejak pulang dari kerja2 amal di Landap sampai lah saat ini 29/04 jam 06:18pm. Saya pernah berjanji untuk temani awak sedaya mungkin dan berjanji untuk berkongsi cerita di Landap namun saya mungkiri. Maafkan saya..:(. Sekembali dari Landap saya seperti biasa menziarahi awak di UTC. Banyak post2 terbaru yang membuatkan saya terdiam dan mersakan diri ini terlalu kecil  dan tidak layak untuk menemani seumur hidup awak...:( apatah lagi menjadi 'pelindung' awak. Hidup awak sebelum ini penuh warna2 yang telah dihiasi cantik dan ditemani oleh 1 @ 2 orang lelaki...yang sentiasa menghulurkan bahu saat awak 'letih'...apalah saya ini kalau nak dibandingkan dengan saya ini yang kuat perasan..kecil sangat saya dan tewasnya saya apabila saya 'mencemburuinya'.
Awak telah digerakkan Allah untuk ingin merasakan seseorang yang mampu menjadi pelindung awak dan 'imam' kepada diri awak. Kerap dalam tulisan saya...saya ingin bersolat jemaah dengan menjadi imam kepada awak. Selepas selesai solat..awak mengucup tangan saya dan saya mengucup dahi awak. Tetapi setelah menyuarakan hasrat dan keinginan itu sendiri...saya rasa sedih kerana adakah jodoh saya dengan awak kerana selama ini kehidupan awak dipenuhi warna indah dalam erti kehidupan oleh orang lain. Saya terasa saya hanya sebagai 'pendatang' yang cuba untuk menemani dan membahagiakan awak.
Saya cuba untuk tidak menghiraukan perasaan saya lagi...saya fikir saya kuat..namun kekuatan 'rasa sayang' ini terhadap awak semakin kuat dan kuat. Tewas lagi saya dalam cubaan saya. Akhirnya saya meminta padaNYA..jadikanlah rasa kasih dan sayang ini terhadap awak..adalah yang dirahmatiNYA dan diredhaiNYA.  Maafkan saya awak...kerana tidak mampu menghentikan rasa sayang ini terhadap awak..saya berdoa agar satu hari nanti saya akan ditakdirkan melafaz BISMILLAHIROHMANIROHIM melamar awak...walau disaat ini awak rindu merindui dan sayang menyayangi bersama seseorang di depan mata hati saya. 
Maaf awak keadaan tidak mengizinkan...SOLAT YA SAYANG DAN JANGAN SESEKALI SAYANG TINGGALKAN SOLAT OK..:)

Wednesday, 18 April 2012

Seciput amalan...

Hai awak...cuma nak bagi tau..pada tarikh ini 19/04...kurang amalan saya sbb h/phone tertinggal d tempat cari makan, so tak dapat nak kejutkan awak subuh...:( . sedih sangat walau awak tak suruh pun tapi ini ajer saya mampu buat untuk collect pahala sikit melalui rasa sayang dan rindu ini.
Ok awak ..moga Allah gerakkan awak untuk solat subuh nanti  ya..

Istikarah Cinta

Assalamualaikum awak...:)
sejak awak memberi salam yang dah lama saya tak dapat...awak tak muncul2. Awak nak tau..disebabkan itu..rindu ini bagai lautan luas tak bertepi ( wah leh lak saya bersastera..hehe)..tapi itulah makin kuat sayang dan rindu ini.
Saya ni dengar2 lagu di youtube..ternampak tajuk lagu ni..macam best..dengar2...ermm...2 wajah wanita kini dalam hati saya datang..memang sedih dan sayu bila dengar liriknya..terutama bila kenangkan diri awak..adakah memerlukan saya @ awak beristikarah. Saya sedih kerana saya lemah dan belum mampu lakukan kerana takut akan petunjuk Ilahi.
Awak...ia adalah septutnya yang setiap insan mukmin harus lakukan..
Awak saya sayang awak..awak buatlah satu hari nanti ya kerana petunjuk itu datangnya dari Pencipta kita yang sayangkan akan hambaNYA dan Dia takkan kecewakan awak...:)
Saya bukanlah pilihan awak ..aduh cam mana nak cakap ni. Maksud saya bukanlah sekarang ni awak dah pilih saya..aduh...nnti kena lagi saya ni..perasan!!!..cam ni lah siapa pun dihati awak sekarang ni..bila senang..awak buat lah istikarah..hahh kan senang gitu ayatnya ...hehe.
Apa pun lagu ni bagus..
Ok cukup dulu...dengan ini saya tujukan lagu ini khas buat 2 wanita dalam hati saya kini..terimalah..ISTIKARAH CINTA..harap ianya sebagai satu ilmu.

Monday, 16 April 2012

CINTA

Assalamualaikum awak....:)....saya tunggu awak tau malam ni sampai pagi. Tak pa lah ..menggunung agaknya assignment awak. Ingin berkongsi akan semangat gadis ini mencari cinta dan menjadi kekasih Allah. Insyaallah ya awak..kita sama2 diberi petunjuk oleh Allah untuk menjadi penolong ( atas agama ) Allah menjaga nama Islam dan memupuk kasih sayang sesama Islam. Mereka perlukan kita...:). Awak jika saya sayang awak...sayang lebih lagi pada agama Allah ini. Lafaz CINTA hanya mampu saya lafazkan kepada yang berhak iaitu hanya Allah bukan pada kakak..awak..@pun anak mahupun ibubapa saya...tapi kasih dan sayang saya sudah pasti untuk anda semua yang saya sebut tadi...:)

:(

Assalamualaikum awak..:)....Dah lama tak rasa degupan kencang kat dada ini kecuali saat balik solat Subuh bila FB dibuka ada msg dari awak..maafkan awak saya delete msg awak..kerana...awak tergolong dalam 2 wanita istimewa dalam hidup saya tapi awak masih menjadi rahsia pada sesiapa di dunia ini. Maafkan saya ya..saya semalam letih sangat...balik Isya' terus tertidur..namun perkara yang bukan mudah saya lakukan ..alhamdulillah dapat saya lakukan...sms kejutkan awak untuk solat Subuh.
Awak..saya ni tak pandai bersastera..dan saya ni cepat sangat perasan..heheh. Saya fikir awak ni rindu kat saya..hayun tul saya ni kan..:)..tu yg sms mungkin dpt redakan rindu awak ..rupanya tidak..tonoikan saya?? tak pe lah saya anggapkan itu in another life yang awak memang rindukan saya..:). Saya ni manusia yang memang Allah jadikan sentiasa lupa. Saya doa pada Allah moga kasih dan sayang saya pada awak biarlah Dia rahmati dan redhai dan biarlah membawa ke syurga dan moga ikhlas keranaNYA. Maka itu saya teringat akan azam saya terhadap awak..maka biarlah doa saya menjadi teman awak dan itulah yang sewajarnya tanda kasih dan sayang saya pada orang2 yang saya sayang. Doa itu senjata mukmin..maka senjata sentiasa ada bersama awak dan mudah2an dengan senjata itu awak sentiasa selamat dunia dan akhirat.
Awak...
Awak.....
Awak.........saya sedih..bila menatapi wall di timeline awak...:( .....bukan cemburu

Saturday, 14 April 2012

Penolong Allah

Assalamualaikum awak..:). Syukur awak tak apa2 di sini dan masih seperti selalu..tersenyum manis..tkasih tak miss senyum sedekah untuk saya. Hari ini kerisauan sebagai orang yang sentiasa merindui awak..reda dengan awak munculnya awak...bersama geng penjejak hutan..Jelmol yang mendendangkan awak dgn lagu2nya. Bagus dia orang sebagai wakil rasa rindu awak pada saya...:)))))...perasan le saya ni..:). Lantak aku le Jelmol..korang apa tau..ini 'ruang kecil' aku ngan dia..suka ati kita orang la..:).
Awak..awak..Allah itu Maha Segalanya..dalam rindu pada awak..tak sangka ditakdirkan saya jumpa ayah dan mak awak..depan mata wak!!!..dalam hati gembiranya bukan kepalang. Rasa nak duduk jer ngan dia orang dan lamar awak..:)). Cik..cik..saya .....kawan anak cik yang nama......err...saya nak ambil dia sebagai isteri saya..kalau cik terima..saya belanja cik hari ni..? Alah2... cik dari kamu dok tadi..cik dh berkenan sangat...dgn janggut kamu tu ...sejuk hati cik...:)....hikhik ( kalau lah begitu mudah kan )..pasti saya lamar awak on that day.
Tapi awak..hari ini...kita sendiri telah merumitkan perkara yang mudah dan selamat serta dibenarkan oleh Islam. Yang patut diambil berat sebenarnya adalah persiapan saya untuk menghindarkan awak dari bahang neraka dan membawa awak ke syurga. Dan amat benar..jika Allah izinkan..maka tiada halangan untuk semua itu. Maka marilah kita sama2 berdoa agar kita semua perolehi keberkatan dan keridhaan Allah ya awak. Allah lebih Mengetahui. Semakin kuat kita hendak mendukung agama Allah ini..semakin kuat ujian dariNYA. Kita belum sepenuhnya beriman selagi kita belum diuji oleh Allah.
Namun awak..pagi ini sambil melihat awak dan mendengar 2 lagu pertama blog ini..saya sedih. Ianya bagai membawa yang kita akan mengharungi hidup ini bersama..namun di satu ruang atau masa yang lain..saya membayangkan..penyatuan perasaan kita hanya di sini. Moga penyerahan jodoh kita pada Allah oleh saya benar2 ikhlas  supaya saya tidak kecewa satu hari nanti. Saya ni menaip 'provided'...awak memang sayang dan suka saya..dan mahu hidup bersama saya.
Awak...Alhamdulillah...awak di beri petunjuk untuk mendekati Allah lebih dekat lagi..nak tingkatkan pahala. Insyaallah selagi lengkap solat 5 waktu dan sentiasa mencari kesempurnaan dalam solat..Allah akan tolong awak. Pegang ini: Jangan mengatakan diri kita ini sudah cukup beriman sedangkan kita belum benar2 diuji oleh Allah..itu pesanan Allah dlam Al-Quraan. Manisnya iman akan terasa bila diuji..awak tersenyum dan bersabar.
Ok lah awak ..dah 2.58am..esok nak buat pengumpulan pakaian2 terpakai kepada sesiapa nak menderma dan saya buat di Balai Raya depan rumah ni. Datang la...:)). Doakan matlamat ini berjaya ya awak. Oh ya dan..semoga satu hari nanti awak juga akan sertai program ini sebagai penolong ( agama ) Allah yang Allah tawarkan pada kita hambaNYA.
Terimalah rasa sayang saya ini terhadap awak sebagai teman rindu awak..sudikanlah...sekian..:)

Thursday, 12 April 2012

Lama ku pendam...

Assalamualaikum awak..:). dekat tiga hari saya tak ziarah awak kat ziveliya and UTC. Sory ya..kesian awak kan??..takut tak dok sorang2 kat sini??...:). Takut!?..kan rindu dan sayang saya ada temankan awak selalu..:). Awak syukur Alhamdulillah awak bagi nombo phone awak saat awal pertemuan kita kan??..Kalu tidak..ermm..tah mana ke gaya saya dpt contacat  awak agak nya kan?? Tak tau le pulak kini awak dah tukau phone no..minta tak le ye...prasangka baik..:))
Lama dah tak nampak kelibat awak di FB. Sibuk ya awak?? tak pe la..Saya ni pakkal la kerja sendiri kalau tidak sama gak macam awak agaknya. Cuma ada sibuk sikit buat urusan untuk kerja dan usaha agama di KOA Sg Siput tu..Mulanya agak paya nak dapat belia yang nak ikut..tapi Alhamdulillah Allah tolong. Target 8 dah dapat 5 termasuk saya ..awak tak tau..heheh. Awak saya bawak dalam hati saya ajer..dok kat situ diam2 tau..:)
Awak..tiada lain saya harapkan dari Allah selain permudahkan usaha2 awak di Melaka kerana saya sayang awak tapi tak dapat temani dan bantu awak. Biarlah di kejauhan ini..moga2 doa saya untuk awak Allah redha dan terima sebagai tanda yang sayang dan rindu saya pada awak biarlah ikhlas kerana Allah..dan bukanlah mengharap pujian dan balasan rindu dan sayang awak pada saya. Jika itu harapan saya..satu hari nanti pasti saya akan kecewa. Alhamdulillah dan Insyaallah..tiada kekecewaan akan takdir jodoh kita..:)
Ok la awak..kebahagiaan saya Allah bagi hanya pada saat orang2 yang saya sayang diberi petunjuk dan hidayah..itu saja saya pinta dari Allah.
Jangan tinggalkan solat ya .....sory ya...lama pendam..jangan tinggalkan solat ya sayang..:)
Sekian...tepat 2.35am.

Tuesday, 10 April 2012

Hai si senyuman penyejuk hati ku...Apakhabar la awak sekarang ni ya??? Saya baru ajer balik tuan punya UTC..kesian dia lama dok atas motor. Tak tau nak turun agaknya...heheh. Awak...rindu le kat awak. Cuba lawan2 jangan rindu kuat sangat ...tak leh la. Pengaduan saya terhadap diri awak pada ALLAH...banyak kot?? Itu yang buat rasa sayang n rindu ni..sangattt!.
Awak..kalau awak lihat wall saya mengenai Program ziarah tu...ianya kelihatan hampir tercapai. Sekarang ni preparation untuk ke sana giat kami jalankan.
Awak nak ikut tak?? heheh. Lain kali lah ya. Insyaallah satu hari nanti kita buat usaha sama..:)
Tapi dalam sudut hati ini...memang nak sangat awak joint tapi awak bekerja. Kalau awak ikut jugak..cam mana yer bila buat pertama kali kita bertemu???...ermmmmm
Apa pun awak... doakan keselamatan sekelian kami ke sana nanti.
Jangan tinggalkan solat ya awak... demi kebahagiaan kehiduopan awak dunia dan akhirat.
Insyaallah.
Saya rindu sangat dan sayang sangat pada awak..Jaga aurat ook

Monday, 9 April 2012

:)

Assalamualaikum awak...:) Apakhabar awak di sini.?..boleh tak saya nak sembang jap ngan awak??...:)
Kejap jer. 2 hari tak nampak awak di sana dan di sini..? Ini telah membuatkan saya rinduuuuuuuuuu sangat kat awak...:).
Ok lah awak...yang penting..awak tak tinggalkan solat dan yang penting lagi...saya sayang kat awak..:)
Awak pulak??....ermmm tak pe..it ok...:)
Sekian..

Saturday, 7 April 2012

SYURGA...

Hai penyejuk hati ku...kesian dia 4 hari saya ni tak jengah dia..biarkan dia sorang2..takut ke??..:) . Takkan.. sebab awak berada diruang hati saya..:). Sapa pun tak leh kacau..heheh..good. Awak...saya takut sebenarnya. Takut kehilangan awak lagi..( aik apasal ayat ni mcm pernah terbaca atau tersebut )...bukan copy paste ya. AAAHh!!!..tukar tukar. Saya takut..TAKUT TAK DAPAT HIDUP DENGAN AWAK hingga terhentinya nafas ini. Kerisauan dan kerinduan ini sering buat dada saya berlari kencang. Namun itulah dugaanNYA. Jodoh milik Allah. Kekadang terasa nak melamar awak seandainya hanya berpegang pada cara Islam dalam kehidupan hari ini. Kekadang terasa nak bagi dunia ini tahu bahawa saya suka awak dan nak ambil awak sebagai 'surihidup' saya. Boleh ke?...mana bolehkan awak??
Entahla awak..entah2 awak yang menolaknya kan?? tak pe le ini kira 'in another life' le.
Saya ada nak berkongsi 2 perkara tapi mungkin esok @ lusa. Pasal apa nak kongsi kan????
Sebab saya sayang awak la.
sehari dua ni..indah rasanya di hati bila kita dua dapat memahami satu sama lain di FB. Tq awak.
Akhirnya: Jangan Tinggalkan solat dan Hayatilah Al-Quran ya awak. Kalau pun kita tak dapat bersama ya awak..setidak2nya awak dapat saya bimbing di sini..sebagai orang yang saya sayang dan rindu.
Nikmat ketenangan dan kebahagian dihati ini adalah apabila melihat orang2 yang kita sayang..rapat dan cinta pada hanya Allah swt. Doa ya awak... itupun kalau ada 'rasa' sama apa yang saya 'rasa' sebab janji saya insyaallah sejak kita kenal ialah usaha untuk memperisterikan awak dan seterusnya bawa bersama ke SyurgaNYA...: sekian awak. Moga Allah jaga awak untuk saya.

Wednesday, 4 April 2012

Apakhabar mu disana??

Assalamualaikum awak..:). Baru je balik dari jengok UTC. kul 2 pagi baru balik rumah..lain dah balik dulu. Saya ada perbincangan sedikit d kedai. Ni mata kuyu sangat.. tapi bila tengok awak sedang tersenyum sambut saya dtg sini...ermm ilang sikit ngantok. Tkasih ya atas senyuman ini.
Sakit kepala+selsema masih lum berkurang?? Sabar ya awak..tinggi ujian awak ketika ini..Allah tetap sayang awak..itu yg penting.
Semalam tah pasal rasa jeles dtg sdgkan dulu saya cakap tak hirau pasal jeles. Cuma tertanya2 berhak ke saya ni jeles. Tak patutkan..sory. Tapi saya sendiri rasa patut sebab ini luahan sebenar saya di ruang yg kecil ini kan?. :). Namun itu semua tanda sayang kat awak. Dan jeles tu dah saya ketepikan tapi tidak pada rasa ini terhadap awk,,,,rasa ini semakin menebal.
Ok lah awak..banyakkan berdoa pada Allah agar dikurangkan selsema dan sakit kepala.
Selamat menunaikan solat subuh nnti ok!..
Saya rindu kat awak..rindu sangat...:)

Tuesday, 3 April 2012

Allah sayangkan hambaNYA

Assalamualaikum awak..:) baru jer lepas sms awak. Kasihan awak sakit pening jauh dari ibu dan abah. Tapi tak pe kan..azam nak berdikari. Ringkas jer utk saat ini...rindu sangatttt kat awak. Solat dan doa ok moga cepat sembuh.

Monday, 2 April 2012

Penolong

Hai awak...:), suka sangat tengok senyuman awak ni le. hati mesti dagdug engok photo ni. Tah la ...macam ikhlas sangat senyuman ni. Tkasih la ya sedekahkan senyuman dan photo ini untuk ziveliya.
Sebelum ke sini..singgah jap 'ruang kecil' awak tadi. Harap2 'isi perut' nya kenyang sebab..mamat perasan ni ziarah dia hari2..heheh.
Errm..lega jugak bila siang tadi dapt sms awak. Setidak2nya kerisauan ni kurang sikit. Yang penting terubat rindu saya ni. Ye la awak...awak pun tahukan saya rindu awak cam mana..so arghhh..lepaskanlah by sms awak.
Dah 1.30am ni.
Awak kalau ikut hati..nak jer call awak. Tapi ..entahlah belum bersedia nak dengar suara awak. Dagdugdagug le awak saya ni.
Awak..sembahyang lengkap tak?? Moga antara senarai wishlist awak tercapai ya...:)
Awak..kalau diizinkan Allah..niat atau usaha saya atas jalan Allah akan tercapai 21/04 & 22/04 akan tercapai. Saya akan ke perkampungan orang asli di Sg Siput Perak bersama satu group di KL jalankan usaha2 agama Allah tau awak. Saya dapat peluang ni melalui Page Shamkamikaze. Doakan saya ya awak. Dan saya juga hari2 berdoa agar kakak dan awak akan saya bimbing hingga satu hari nnti menjadi penolong Allah ( usaha agama ).
Pastinya pengalaman disana nanti saya akan kongsi dengan kakak, anak2 dan awak.
Okey lah awak, jika ada jodoh...insyaallah kita akan hidup bersama. Kalau pun awak tiada hati pada saya hari ini..namun jika takdir jodoh kita..tetap kita akan bersama. Mungkin setelah hidup bersama..Allah akan buka hati awak untuk sayangi saya..kerja Allah kan?
Jangan tinggalkan solat dan baca dan fahamilah al Quran kerana tanda sayang Allah pada awak dan saya dan semua umat Islam maka dibekalkan kita al-Quraan.
Saya sayang kakak, awak dan anak2 saya. Sayang sangat!!. Moga Allah jaga awak untuk saya ( tanpa segan silu..)....:)