Awak telah digerakkan Allah untuk ingin merasakan seseorang yang mampu menjadi pelindung awak dan 'imam' kepada diri awak. Kerap dalam tulisan saya...saya ingin bersolat jemaah dengan menjadi imam kepada awak. Selepas selesai solat..awak mengucup tangan saya dan saya mengucup dahi awak. Tetapi setelah menyuarakan hasrat dan keinginan itu sendiri...saya rasa sedih kerana adakah jodoh saya dengan awak kerana selama ini kehidupan awak dipenuhi warna indah dalam erti kehidupan oleh orang lain. Saya terasa saya hanya sebagai 'pendatang' yang cuba untuk menemani dan membahagiakan awak.
Saya cuba untuk tidak menghiraukan perasaan saya lagi...saya fikir saya kuat..namun kekuatan 'rasa sayang' ini terhadap awak semakin kuat dan kuat. Tewas lagi saya dalam cubaan saya. Akhirnya saya meminta padaNYA..jadikanlah rasa kasih dan sayang ini terhadap awak..adalah yang dirahmatiNYA dan diredhaiNYA. Maafkan saya awak...kerana tidak mampu menghentikan rasa sayang ini terhadap awak..saya berdoa agar satu hari nanti saya akan ditakdirkan melafaz BISMILLAHIROHMANIROHIM melamar awak...walau disaat ini awak rindu merindui dan sayang menyayangi bersama seseorang di depan mata hati saya.
Maaf awak keadaan tidak mengizinkan...SOLAT YA SAYANG DAN JANGAN SESEKALI SAYANG TINGGALKAN SOLAT OK..:)
No comments:
Post a Comment