Saturday, 31 March 2012

Risau ini semakin bertambah,,,:(

Awak..sekarang dah pukul 2.54am. Hai awak...oh awak..masuk ni dah 7 kali aku terkucil!!..heheh. Tak de le gurau..:).. hari dah wak awak tak muncul. Kalau ruang motor awak tu rasanya dah banyak kali saya singgah. Ermm tak de jugak. Mana tau..main nyorok2 kat situ ke..:).
Saya memang risau dan tertanya2...mana le awak pergi ni??..Risau sbb balik kerja malam..jalan kaki pulak tu..entah dah makan ke belum..entah dh bg tau pakwe ke belum nak balik keje..:). Ni le awak kalau dah sayangkan??. On yr side, saya faham..'rasa' tu pun memang kalau awak ada pun...takkan lebih daripada macam mana saya sayang n rindu pada awak..:)).
Sampai hari ini sebenarnya saya tak tahu status pembelajaran awak. Kata dulu awak praktikal..tau-tau keje pulak. Bolehke..share kat saya sikit mengenai pengajian awak?
Awak awak..syukurlah saya ada blog tempat saya nak luahkan rasa d hati ini pada awak.
Ini dah makan belum ni??
Awakk....awak nak meluat ke, marah ke...saya rinduuuuuuuuuuuuu sangat kat awak.
Awak..jaga diri dan kehormatan aurat awak ya..Bacalah al Quran sebagai panduan hidup awak di Melaka tanpa saya di sisi awak.
Jangan tinggalkan solat...pleaseee ya awak. Saya doakan semoga satu hari nanti awak akan jadi penolong ( atas agama ) Allah ya awak.
Terimakasih atas senyuman manis penyejuk hatiku.

Thursday, 29 March 2012

RENUNG

Awak...oh!!! awak...tepat kul 10.00..29/03..sdg lawan mata dengan awak..perghh..sebab rindu sangat dan risau. Risau sebab saya tak dengan awak dan jaga awak...:). Tak pelah ..saya doa ajer la moga Allah jaga awak untuk saya..:)

Wednesday, 28 March 2012

????

mana la awak ni..hampir 2 hari tiada khabar berita...:( ..suka buat org risau yek??..ermmm..

Rindu

Assalamualaikum awak...tkasih atas senyumanmu penyejuk hatiku. Kejap ajer ni 28/03...3.15pm. Semalam sedih dan tanpa d sangka bergenang air mata bila awak berstatus tak dapat nak balik,,sbb encik hujan turun. Moga hari ini awak d permudahkan utk pulang ke rumah.
Hari ini seperti hari2 sebelumnya ...rindu sgt kat awak..:)

Monday, 26 March 2012

Tentang rasa 3 hari tanpamu...:(


Assalamualaikum awak :)..menaip sambil mamai mama sbb tertidur kejap tadi sambil dgr lagu kegemaran awak satu waktu dulu..and now smbil menaip dengar lagi. Jap lagi kalau diizin Allah..solat tahjud jap. Jom..saya imam awak makmum..nak??..heheh
Kejap ajer ni..nak luah....3 hari dah tanpa awak...rinduuuuuuuuuu  sangat. Didoakan moga awak sihat dan hanya Allah yang menjaga awak..untuk saya..:). Tak pe... mungkin saya ni tak penting nk bagi2 tau.
Yang penting sangat...jgn tinggalkan solat walau sesibuk mana awak atau di mana awak berada.
Ok awak...moga rasa sayang terhadap awak..Allah redhai dan berkati agar dgn 'rasa' ini dapat kita menghuni syurga Allah. Errrmm...rindu..:)
Sekian 3.25am 27/03. selamat bertugas awak..:)

Versus of Datang Setelah Menghilang...:)

Assalamualaikum awak..:)....untuk awak juga. Moga rasa sayang dan rindu yang saya ada untuk 2 wanita yang saya sayang melahirkan cinta pada yang Maha Agung. Rindu sangat pada 2 wanita d hati saya hari ini...26/03. Pada awak kerana..'menghilang setelah datang' dekat 2 hari..:(
Sekian dulu.

WGM 387

Assalamualaikum awak.:)...nakal yer saya ni kan??..keje upload gambor awak jer tanpa izin..hehe. Maafkan saya ya. Kejap ajer ni..Kul 3.00pm 26/03 ketika berada di depan kedai saya..lalu la kereta awak ni...tapi pemandunya lelaki. Oh ok..rosak kereta awak kan tempoh hari!??...betulkan d kampung ya?? Kasihan awak ya..tanpa kereta d Melaka. Namun teringat kata2 awak dlm FB..awak kerja jalan kaki..so ok la..tak la risau sangat. Apa pun lepas rindu saya pada pemandu perempuan kereta ni..:)...nampak kereta pun jadi le..hehe good kan??
Namun awak tipu kalau saya kata tak risau akan perjalanan hari2 awak ke tempat kerja berjalan kaki tetapi bila tau awak ingin berdikari dan ikhlas lakukan kerana Allah..agak lega rasanya kerana Allah akan jaga awak.
Ok la awak..jangan tinggalkan solat ok..awak sayang ke tidak..tak tau le...tapi saya sayangkan awak..:).

Friday, 23 March 2012

Hina dan tak sempurna..

Assalamualaikum awak..:) now 4.30am 24/03. Tak tidor saya lagi awak. tak ngantok ..mungkin dah lama tidur siang tadi agaknya. Saya simpati dengan apa yang berlaku pada awak hari ni. Tak dapat membantu membuatkan saya terus tidur memikirkan apa yang akan berlaku bila kereta awak buat hal. Saya hanya mampu berdoa di kejauhan agar Allah tolong awak. Saya harap dan yakin awak mampu selesaikannya. Cuma ya la kan..saya cuma kecewa kerana tak dapat lakukan pertolongan ketika awak memerlukan pertolongan...lebih2 lagi orang itu seseorang yang kita sayang. Sekali lagi mudah2an Allah akan sntiasa jaga awak.
Alhamdulillah awak kini bekerja mencari rezeki yang halal dan diberkati Allah. Boleh saya katakan sesuatu?. Awak sekarang bekerja di bidang yang umpama awak berniaga sendiri di mana awak mengharapkan jualan yang baik. Dari pengalaman saya melalui amant Rasulluallah SAW..lakukan sesuatu dengan niat awal keluar rumah ikhlas kerana Allah. Bukan kerana nak jualan yang tinggi, bukan kerana tuan punya kedai, bukan kerana nak gaji dan bukan kerana apa2pun di dunia ini tapi awak lakukan hanya kerana Allah. 
Dah lama sebenarnya saya nak sampaikan perkara ini ...seingat saya sjak awak bagi tahu mak awak berniaga..tapi itu lah kerja Allah..ditangguhkan sampai la hari ini..yang mungkin saya rasa ianya sesuai dan moga Allah takdirkan ini masanya yang sesuai. Rasulluallah berpesan jika lakukan sesuatu hanya kerna Allah..besar ganjarannya. Of course jika kerana Allah..bermakna kita dekati Allah..maka ujiannya pun hebat.
Sebarang ujian @ musibah yang datang pastinya awak akan redha dan tidak rasa semak kerna awak tahu niat awal awak ikhlas kerana Allah...maka musibah @ ujian ini datangnya dari Allah..dan Dia takkan kecewakan awak diakhirnya. Awak akan pujuk hati awak supaya sentiasa bertenang dan terusan refer to Allah. Seandainya kejayaan atau kelapangan awak perolehi pada hari tersebut...insyaallah awak takkan ingat lain kecuali hanya Allah yang tolong awak. Awak...awak akan sedikit demi sedikit perolehi ketenangan walau apa jua ujian yg datang. bolehkan awak kan? Dan Allah berfirman pada hambaNYA..sabar saja tak cukup..ianya mesti disertai dengan solat. Mudahan ya awak.
Saya cuma menyampai-nyampaikan pesan Rasulluallah. Terserah pada awak kerana mungkin awak ada cara yang lebih baik.
Apa pun awak...maafkan saya kerana tak dapat membantu ketika awak susah.
Sebentar lagi Subuh..selamat menunaikan solat Subuh ya awak. Tkasih sekali lagi atas penerimaan saya yang hina dan tidak sempurna ini di FB awak..dan terimakasih atas senyumanmu di blog ini..ku jatuh hati...:)
Sekian. Selamat bertugas di jalan Allah ya awak...:)

Thursday, 22 March 2012

Walau dimana dikau berada....:)

Assalamualaikum awak. Jam 1.38am 23/03/2012 sekarang ini. Biarlah tarikh ini menjadi tarikh ulangtahun pertemuan kita di dunia ini..ok tak??..:) Sebabnya yang lepas itu banyak kesedihan saya tanggung dan biarlah ia lepas dan berlalu dan walaupun dulu telah saya jelaskan...tidak sebesar kuman dihati untuk buang awak tapi   sekali ini awak buka pintu diri awak untuk saya...saya takkan ulanginya lagi. Awak..apa lagi yang patut saya lafazkan selain dari rasa syukur pada Maha Penolong saya yang Maha Pengasih dan Penyayang..Allah SWT yang telah menggerakkan diri awak untuk accept saya di FB. Saya harap Allah tidak murka pada saya yang tidak sempurna ini bilamana saya ingin nyatakan di sini..doa saya hampir setiap hari agar Allah membuka pintu hati awak untuk terima saya di FB telah dimakbulkan..Subhanallah. Bila mana notification saya buka..terharu sangat akan nikmat Allah..selama hampir 2 bulan saya menanti dengan penuh sabar..wajah awak muncul. Kelakar bunyinya..sebab terus sakit perut awak tau..dalam menahan sakit kesan terpijak duri sawit lagi..saya tak tau nak cakap apa!..:) selain Alhamdulillah. Terimakasih ya awak.
Awak jangan bimbang..saya tak anggap ini tanda 'rasa' yang sama seperti apa yang saya 'rasa' terhadap awak kerana itu semua Hak Allah dan saya berserah padaNYA dan pastinya Allah lebih Mengetahui siapa pelindung terbaik awak satu hari nanti...:). Namun 'rasa' ini hingga takat ini...tidak pernah pudar. EJ suka dan syukur sangat akan hal ini.
Awak..izinkan saya terus-terusan ingat mengingatkan awak dan saya.
Awak..ngantoklah saya..kesan duri d tapak kaki ini denyut2. Maka Jangan tinggalkan solat ya awak. Mungkin awak sibuk ..tapi  solatlah ya. Perbanyakkan bacaan Al-Quraan dengan terjemahannya ya awak. Kenali dan cintai lah Rasulluallah.
Jam dah kul 2.00am..saya nak tidur ya wahai awak ( senyuman penyejuk hatiku ). Terimakasih sekali lagi. Maafkan saya kerana sayangi awak..rindukan awak dan ingin satu hari nanti mengambil awak sebagai surihidup saya. Berserah saya pada Allah.
Selamat menunaikan Subuh ya awak... Subuh yang tertinggi anugerah rahmatNYA iaitu Subuh Hari Jumaat. Inilah hari Raya sebenar yang Allah bagi untuk kita umat Muhammad.
Sekian untuk kali ini..Moga Allah tolong jaga kehormatan aurat awak..walau di mana pun awak berada dan lakukan.

Wednesday, 21 March 2012

Teramat Rindu

Awak..hampir 5 hari saya tak jengah awak di sini. Jahat saya yek??!!..:). Saya cuba untuk bendung rasa rindu pada awak 5 hari ni..walaupun rasa meronta ini bagai ditendang2 kat dada ni. Tu lah..cuba bendung..fikirkan bisa kurang..namun ia sebaliknya..makin kuat..kuat n kuat. sory ya sebab menyayangi awak. Awak sihat?? sakit kepala awak berulang lagi??..moga Allah beri kesihatan yang sempurna untuk awak.
Al-Quraan dapat baca tak di samping kesibukan awak?? Dapat satu dua ayat pun dalam kehidupan harian awak  pun dah bersyukur kan.? Kalau awak ada kemusykilan insyaallah akan dapat jawapannya dari Al-Quraan. Namun awak...lakukanlah dengan seikhlas hati awak.
Awak..kita tak pernah berjumpakan?? Tapi saya rasa...hari2 awak dekat sangat dengan saya. Mungkin sebab sayangkan?..awak pulak??..it ok kalau biasa jer...blog ni pun untuk luahan rasa saya jer.
Ok lah awak... moga rasa sayang saya ini terhadap awak Allah rhmati dan berkati.
Jangan lupa solat @ sengaja tinggalkannya ya awak ?! dan perbanyakkanlah bacaan dan terjemahan Al-Quraan jika awak sayangkan diri dan kehidupan awak.
Jika ada jodoh kita jumpa lagi ya awak dan saya sentiasa berdoa moga satu hari nanti saya dapat jaga dan lindungi awak.
Sebelum terlupa..ingat lagi tak..." saya ini hanya hambanya, dan Allah tidakkan kecewakan saya "

Saturday, 17 March 2012

Jaga diri....:)

Now 9.41pm on 17/03...again..thanx on yr sincere smile ya awak...hehe. Monday ni kena jadi saksi kes semalam yg berlaku di mahkamah tangkak. Dah tanggungjawab kan. Today a bit earlierr menukil diruang kecil khas untuk rindu dan sayang saya pada awak ini. Malam ni tidur d rumah ibunda saya d sawah ring so..tak ber computer la saya awal pagi ni.
Moga awak sentiasa d bawah jagaan Allah ya awak
Jangan tinggalkan solat ya awak..moga awak cantik dan menarik di sisi Allah...:)

Friday, 16 March 2012

good...:) n syukur

Hai awak...:). tkasih atas senyuman awak lagi..:). Hari ini 16/03 saya diuji dengan tugas berat ketika hampir maghrib tadi. Ada majlis maulidirrasul di kampung. Sedang bersiap utk ke masjid...satu pengaduan pertengkaran dan pergaduhan di kampung about big family problem.
Ringkasnya mengenai..percerian dan pernikahan yang tidak mengikut lunas undang2...cukup rumit.
Apa pun ...syukur atas nikmat Allah..diberi tenang & lega melihat kemunculan awak di FB dengan wajah baru..hehe..good.
bertemu balik dengan rakan2 awak yg ramai ucap dan doa di hari kelahiran awak.
ngantok dah mata ni yang tidak seperti dulu2 di waktu-waktu begini..:).
Apa pun jgn bosan ya awak...Jangan tinggalkan solat ya awak demi kebahagiaan dunia dan akhirat.
Selamat berskype!..hehe good...:)

Wednesday, 14 March 2012

chill !!

assalamualaikum awak..:)..terimakasih atas senyuman di atas..:)
dah ngantok mata ni...dah tak de mende nk temankan tu.. yg cepat ngntoknya. Dari dua tiga hari lepas nak bagi tau..sebagai tanda bayangan awak sentiasa ada di sisi saya...di kedai saya letak satu column menu minuman baru. Nak tau apa?? column bertajuk MINUMAN CHILL LA. masih lagi saya teringat satu status yang buat saya terkejut. Then awak buat status baru..CHILL LA...rupanya status tu berkenaan awak tenangkan diri awak... copy paste dari blog awak...ermm...malunya...ingatkan status tu untuk saya...ambik aku!!!..haha.
But it ok...
Moga hari-hari yang awak tempuhi diberkati Allah dan jangan tinggalkan solat ya awak dan baca dan fahami al Quran.

Sunday, 11 March 2012

3 more dayz...:)

11/03...9.30pm sblum kekedai ya awak...lagi 3 hari...first time dlm hidup saya untuk.......

Saturday, 10 March 2012

Aku Dan Dirimu



Awak...ok ke kalu in another life..kita sepatutnya berduet untuk lagu ni??...:). Janganlah berdiam diri seperti sekarang ni boleh tak??..tak kesian ke kawan2 awak yang tertanya2 di mana dan ke mana awak menyepikan diri??
Awak bukanlah beginikan orangnya?. Saya rasa ramai kawan2 awak yang sayangkan awak dan rindukan awak. Tolong awak...mungkin ada kawan2 awak yang perlukan awak saat ni..:(.
Apa pun..itu semua hak awak..terserah..moga Allah lindungi awak.
-----Awak..1.59am..11/03..Jangan tinggalkan solat ya please..tq. Ada kesempatan amalkan bacaan al-Quran dan fahami maksudnya ya. Namun lakukan lah ikhlas kerana Allah..saya cuma ingatkan awak dan diri saya sendiri.
Jaga kehormatan aurat awak walau di mana awak berada ya awak..moga Allah bantu awak menjaganya.
Saya dah nak masuk tidor ni..maafkan saya awak ya.

4 more dayz..

It gonna be my first time to............in my life.
Moga awak sudah selesai menunaikan solat Isya' dan moga Allah jaga awak ya
9.20pm 10/03
Assalamualaikum..suka tak kalau saya kata saya sememangnya rindu kat awak...hehe...:)
Nayli petang ini telah mengejutkan saya dan menguatkan rindu ini pada seseorang...bagaikan si dia berada di depan saya..adakah ini chemistry kita berdua???...:)

Friday, 9 March 2012

Kebetulan??

1.25am...10/03...sedang buat apa agaknya awak skrg ni kan?...skype? calling? or whatever..:). saya baru jer tengok wajah senyuman penyejuk hati saya dan kini pun sedang perhatikannya..hehe.
Oh ya awak...perniagaan ABC ibunda awak cam mana sekarang?? Moga bertambah maju dan yang penting sunnah terus dikekalkan..:). Ingin sangat nak pergi rasa ABC mak awak..lagi la awak ni mungkin sekarang ni tak da d kampung..selesa sikit. Bukan apa kalau awak ada..tak habis2 ABC saya nnti sbb..asyik curi2 tengok awak jer..haha. Saya sorang jer le dok curi2 tengok sbb saya yang punyai sayang lebih pada awak..awak dah tentu buat derkkk jer kan..coz im just a normal customer jer to u. Apa der kisah...telinga ader taik lalat memang degil..:)...saya la tu. Tak pe...insyaallah akan sampai la saya nnti.
Ngantoknya mata skrg ni...dulu sampai kul 2 @ 3 tak der hal sbb awak ada..:)
Awak...ini tah le kebetulan agaknya. Dalam Hidden Games tu..kita rapat ya..sebelah menyebelah..sib baik tak sentuh..bukan muhrim mana leh 'touch'..hehe. Kebetulannya..aksi kita 90 % sama..tangan sama2 angkat blah kiri. Suka saya tengok photo kita 2 tu. Dah la memang 'hidden'...it was great..in another life: kita adalah pasangan hidup..:). Terimakasih ya saya ucapkan pada awak..akhirnya kita dok bersebelahan.
Okey la awak..melayang2 kepala ni..ngantok.
Jangan tinggalkan solat ya awak..please ya. And...bacalah alQuran dengan tafsirannya sekali ya awak. Saya percaya jika awak amalkan hari-hari..sampai satu masa Allah akan kurniakan rasa rindu dan sayang yang sebenar..iaitu rindu pada Allah.
Saya tido dulu ya awak...walau apa pun awak sedang lakukan..saya sayang pada awak tau. moga sayang saya ini mampu membawa awak menghuni syurga  Allah. Assalamualaikum.

Thursday, 8 March 2012

Kongsi nak??...:)

Rugi dan sesal rasanya jika ini tidak dikongsi dengan orang yang saya sayang dan rindu..:)

" Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran."
[ al-Ashr : 2-3 ]

moga awak di hari Jumaat jam 11.50am ini sentiasa di bawah jagaan Allah SWT...:)

Indahnya rindu ini bagiku walau tidak bagi si dia.

09/03...1.10am. hampir 2 hari tak jengok awak di sini :)...rindu tak?? hehe. samalah kalau rindu..:). saya sebenarnya tak sihat awak. tah apasal perut ni ..ada satu part sekitar perut ni..kalau di sentuh sakit. boleh ke ngadu ni...:). sampai sekarang masih terasa... tak ilang sakitnya. Dah jumpa doktor..katanya mungkin gastrik.
Tak pe la kan awak..Tuhan sedang uji..terima je lah. Mudah2an terhapus dosa2 lepas.
Sakit kepala awak cam mana?? ada perkembangan terbaru ke?? Muadah2an awak sabar hadapi ujian ini.
Awak.. sakit la perut ni..saya perlukan rehat.
Ok lah awak saya undur diri dulu buat masa ni. Lengkapkan solat 5 waktu..by hook by crook. dan jangan lupa baca al-Quraan dgn terjemahannya sekali.
Walaupun awak bagai sunyi tanpa berita..tetapi itulah sebenarnya buat rindu dan sayang saya terhadap awak semakin menebal dan akhirnya moga Allah jaga dan lindung kehormatan aurat awak.
Awak...tak de apa saja panggil..hehe

Tuesday, 6 March 2012

aku adalah aku...:)

9.24pm on 06/03..entah kenapa cuba untuk tidak menunjukkan rasa rindu ini pada si dia gagal ku pertahankan. akhirnya saat ini ku nukil jugak dlm blog kecil ini sebagai tanda ingatan dan rindu yang sukar ku bendung..:). Dah ini rasa ku yg sebenar...mana mau ubahnya. si dia bukanlah impian kosongku..alamak guruh la ..kena stop dulu..tak memasal nanti..dah la ini saja talian hayat rindu akau pada dia yang aku ada...hehe. im gonna miss yr smile..awak..:)..dok diam2 ok..hehe good.
1.55am 07/03...sambung sikit. bagusnya awak..setia nunggu di sini dengan senyuman penyejuk hati ku ini..:)
apa pun keadaan awak skrg ni..saya berprasangka baik pada Allah dan itu sudah semestinya kita ni sebagai hambaNYA kan. Allah sentiasa lindungi dan jaga awak selagi awak sentiasa mentaati perintahNYA,...Lengkap solat 5 waktu ya awak..ok. Berbuat baik sesama insan..itu memang awak.so..alhamdulillah ucapan syukur saya pada Allah. Berprasangka baik lagi pada Allah oleh saya..awak sedang bahagia ditemani seseorang yang awak impikan...alhamdulillah.
Saya di sini akan menghabiskan masa saya 2-3 tahun lagi di sini..diruang kecil ini bersama senyuman awak penyejuk hatiku..mengutip pengalaman indah kita berdua (bagi saya) yang tidak pernah bertemu dan membina impian dan khayalan untuk hidup bersama awak...jika ada jodoh ..kita jumpa lagi!!. Jika hati awak bukan untuk saya sekali pun..jika ada jodoh..pasti awak akan saya jadikan suri hidup saya...dengan izinNYA.
Sekali lagi...jangan sekali2 tinggalkan solat fardhu ya awak dan bacalah al-quran dengan memahaminya sekali melalui terjemahannya.
Sekian awak..maafkan saya kerana telah merindui dan menyayangi awak..hari-hari.

Sunday, 4 March 2012

:)

Assalamualaikum awak..:) it 12.15 morning..monday 05/03
Jangan tinggalkan solat walau di mana awak berada dan sedang lakukan ya awak..:)
Bacalah alQuran ikhlas kerana Allah ya awak dan jgn lupa fahami maknanya.
Insyaallah dengan keikhlasan..awak akan jalani hidup yang awak impikan...bahagia dunia dan akhirat..:)
Bersabar hadapi ujianNYA sbb kita ni kan hambanya ya wak, dan DIA takkan kecewakan kita.

Saturday, 3 March 2012

........:)

Semoga sudah selesai menunaikan solat Isyak ya awak n take care

Friday, 2 March 2012

Mampukah Aku??

10.45am...03/03..ku tatap wajah senyuman mu. Tiba-tiba terdetik di hati andaikata..dua @ tiga tahun lagi..takdir untukku tidak bersama hidup denganmu kerana kau menjadi milik sah orang lain. Mampukah aku menghilangkan   rasa 'sayang dan rindu ' ini. Kerna jika aku masih lagi ada menyimpan ' rasa ' itu..pastinya Tuhan akan murka akan daku.
Andainya masa dan keadaan sekarang ini miliku dan hatimu sudah kau serahkan pada ku..pasti kau akan ku lamar supaya aku menjadi pelindungmu..:(

Thursday, 1 March 2012

Mudah2an Allah terima..


Assalamualaikum awak...menurut pakar2 bacaan Al-Quraan dalam TV mengatakan jika mahu belajar bacaan al-quraan dengan betul sebutan dan tajwid..dengarkan lah bacaan2 oleh Shiekh ini. Saya pun baru je tahun ni dpt tahu. Kalau ada kemangkatan raja @ sultan di negara kita ni biasanya radio @ tv akan pasang bacaan beliau.
Mudah2an bacaan awak dan saya adalah bacaan yg betul dan diberkati Allah. Namun cara yg betul membaca al-quraan mesti ada guru iaitu membaca, mendengar dan memperbetulkan.
Dan saya harapkan Allah terima amalan ibadah saya ni sempena Jumaat yang mulia untuk awak yang saya sayang dan rindu dan moga saya lakukan ini ikhlas kerana Allah. 10.54am : Friday...:)

Maaf..tanpa izin.


Awak...sory sekali lagi kerena tanpa izin upload gambor ni. Bukan apa ini ada lah contoh yang ada pasal satu hadis..:)
Dalam channel oasis astro tempoh hari ada menyentuh satu hadis yang melarang umatnya merenggangkan gigi.  Agak terkejut jugak saya sebab yang selama ini spt ustazah tu kata masyarakat mengatakan penggunaan 'braclet gigi ' untuk merapatkan gigi supaya gigi kelihatan kemas itu yang Islam tak benarkan rupanya Rasulluallah tidak benarkan umatnya renggangkan gigi seperti 'model' saya di atas yang sememangnya asli sejak azali..hehe..:).
Rupa2nya pada zaman Nabi SAW ramai yang buat sebab pada zaman itu direnggangkan gigi untuk kelihatan sepeti kanak2 @ muda @ baby face...itu yg Nabi terus larang. Nabi SAW sendiri mengatakan yang siapa yg Allah ciptakan gigi spt ini memang akan memiliki ciri2 wajah seorang kanak2.
Tak tahulah awak dah tau ke belum. Masa ustazah tu cakap..saya terus teringat photo awak ni yg memang close-up..gigi awak..mcm ej pernah kata...awak mcm liya hotfm masa mula mula dia kenal awak..giginya pun sama. Anugerah Allah kan...dan yang penting Allah ciptakan awak @ hambanya bukan sia2 dan pasti ada pengajaran @ hikmah untuk hambanya yang lain..dan hambanya itu ialah saya. Syukur Allah kenalkan awak pada saya..ameen.
Jangan bosan dengan saya ini..walau di mana awak berada dan lakukan..moga Allah pelihara kehormatan aurat awak..:)

Isi hati..

Jam tangan saya kul 1.13am. Awak punya??..la mati upenyer...hehe. Patutla saya nunggu awak sampai tertunduk terlelap..:)
Kat mana la awak saat ni..kampung @ Melaka. Awak..kenapa FB awak senyap jer?? Ke mana le awak ni??
Tak pe la..saya tetap tunggu awak..dah yang lain jgn kacau..frust ni!!!..hehe.
In another life: awak..lama tau saya tunggu awak ni!! sabar..saya dah masakkan magie utk awak..call td kata lapor!! sedap tau wak maggie ni saya masak. rasa la. Awak jangan buat cam ni le..muncul la..tak tahan rasanya nanggung rindu ni. Saya dpt rasakan awak tak ceria saat ni...tapi awak cover. Saya dah dekat ni..sebelah ajer. ni..luahkan le. Pipi dah makin chubby sejak lama di kampung  ni ya..:)...tak pe la kan..janji awak dekat ngan saya..:).
Namun jika awak senyap kerana ingin mendekati Allah..Alhamdulillah. Saya tggu maggie awak ni ..ok
Tapi jgn lelama sangat tau..sebab lagi lama.. rindu ni dah membuak2 tahap Gaban
Awak..jgn bosan dengan saya ya sebab sentiasa memperingatkan awak/saya tentang solat 5 waktu.dan membaca al Quraan dan niatkan semata2 kerana Allah ya..supaya kehidupan awak di dunia dan akhirat sentiasa dirahmati  dan diberkati
SAYANG  SAYA TERHADAP AWAK IKHLAS Kerana ALLAH..'jika ada jodoh kita jumpa lagi'
Moga Allah jaga dan lindungi awak di bawah dan peliharaanNYA ya Allah. Insyaallah..
dan ya Allah ..Kau Maha Mengetahui akan isi hati hambaMU betapa sayangnya aku pada si dia..ameen