Assalamualaikum awak. Jam 1.38am 23/03/2012 sekarang ini. Biarlah tarikh ini menjadi tarikh ulangtahun pertemuan kita di dunia ini..ok tak??..:) Sebabnya yang lepas itu banyak kesedihan saya tanggung dan biarlah ia lepas dan berlalu dan walaupun dulu telah saya jelaskan...tidak sebesar kuman dihati untuk buang awak tapi sekali ini awak buka pintu diri awak untuk saya...saya takkan ulanginya lagi. Awak..apa lagi yang patut saya lafazkan selain dari rasa syukur pada Maha Penolong saya yang Maha Pengasih dan Penyayang..Allah SWT yang telah menggerakkan diri awak untuk accept saya di FB. Saya harap Allah tidak murka pada saya yang tidak sempurna ini bilamana saya ingin nyatakan di sini..doa saya hampir setiap hari agar Allah membuka pintu hati awak untuk terima saya di FB telah dimakbulkan..Subhanallah. Bila mana notification saya buka..terharu sangat akan nikmat Allah..selama hampir 2 bulan saya menanti dengan penuh sabar..wajah awak muncul. Kelakar bunyinya..sebab terus sakit perut awak tau..dalam menahan sakit kesan terpijak duri sawit lagi..saya tak tau nak cakap apa!..:) selain Alhamdulillah. Terimakasih ya awak.
Awak jangan bimbang..saya tak anggap ini tanda 'rasa' yang sama seperti apa yang saya 'rasa' terhadap awak kerana itu semua Hak Allah dan saya berserah padaNYA dan pastinya Allah lebih Mengetahui siapa pelindung terbaik awak satu hari nanti...:). Namun 'rasa' ini hingga takat ini...tidak pernah pudar. EJ suka dan syukur sangat akan hal ini.
Awak..izinkan saya terus-terusan ingat mengingatkan awak dan saya.
Awak..ngantoklah saya..kesan duri d tapak kaki ini denyut2. Maka Jangan tinggalkan solat ya awak. Mungkin awak sibuk ..tapi solatlah ya. Perbanyakkan bacaan Al-Quraan dengan terjemahannya ya awak. Kenali dan cintai lah Rasulluallah.
Jam dah kul 2.00am..saya nak tidur ya wahai awak ( senyuman penyejuk hatiku ). Terimakasih sekali lagi. Maafkan saya kerana sayangi awak..rindukan awak dan ingin satu hari nanti mengambil awak sebagai surihidup saya. Berserah saya pada Allah.
Selamat menunaikan Subuh ya awak... Subuh yang tertinggi anugerah rahmatNYA iaitu Subuh Hari Jumaat. Inilah hari Raya sebenar yang Allah bagi untuk kita umat Muhammad.
Sekian untuk kali ini..Moga Allah tolong jaga kehormatan aurat awak..walau di mana pun awak berada dan lakukan.
No comments:
Post a Comment