Friday, 23 March 2012

Hina dan tak sempurna..

Assalamualaikum awak..:) now 4.30am 24/03. Tak tidor saya lagi awak. tak ngantok ..mungkin dah lama tidur siang tadi agaknya. Saya simpati dengan apa yang berlaku pada awak hari ni. Tak dapat membantu membuatkan saya terus tidur memikirkan apa yang akan berlaku bila kereta awak buat hal. Saya hanya mampu berdoa di kejauhan agar Allah tolong awak. Saya harap dan yakin awak mampu selesaikannya. Cuma ya la kan..saya cuma kecewa kerana tak dapat lakukan pertolongan ketika awak memerlukan pertolongan...lebih2 lagi orang itu seseorang yang kita sayang. Sekali lagi mudah2an Allah akan sntiasa jaga awak.
Alhamdulillah awak kini bekerja mencari rezeki yang halal dan diberkati Allah. Boleh saya katakan sesuatu?. Awak sekarang bekerja di bidang yang umpama awak berniaga sendiri di mana awak mengharapkan jualan yang baik. Dari pengalaman saya melalui amant Rasulluallah SAW..lakukan sesuatu dengan niat awal keluar rumah ikhlas kerana Allah. Bukan kerana nak jualan yang tinggi, bukan kerana tuan punya kedai, bukan kerana nak gaji dan bukan kerana apa2pun di dunia ini tapi awak lakukan hanya kerana Allah. 
Dah lama sebenarnya saya nak sampaikan perkara ini ...seingat saya sjak awak bagi tahu mak awak berniaga..tapi itu lah kerja Allah..ditangguhkan sampai la hari ini..yang mungkin saya rasa ianya sesuai dan moga Allah takdirkan ini masanya yang sesuai. Rasulluallah berpesan jika lakukan sesuatu hanya kerna Allah..besar ganjarannya. Of course jika kerana Allah..bermakna kita dekati Allah..maka ujiannya pun hebat.
Sebarang ujian @ musibah yang datang pastinya awak akan redha dan tidak rasa semak kerna awak tahu niat awal awak ikhlas kerana Allah...maka musibah @ ujian ini datangnya dari Allah..dan Dia takkan kecewakan awak diakhirnya. Awak akan pujuk hati awak supaya sentiasa bertenang dan terusan refer to Allah. Seandainya kejayaan atau kelapangan awak perolehi pada hari tersebut...insyaallah awak takkan ingat lain kecuali hanya Allah yang tolong awak. Awak...awak akan sedikit demi sedikit perolehi ketenangan walau apa jua ujian yg datang. bolehkan awak kan? Dan Allah berfirman pada hambaNYA..sabar saja tak cukup..ianya mesti disertai dengan solat. Mudahan ya awak.
Saya cuma menyampai-nyampaikan pesan Rasulluallah. Terserah pada awak kerana mungkin awak ada cara yang lebih baik.
Apa pun awak...maafkan saya kerana tak dapat membantu ketika awak susah.
Sebentar lagi Subuh..selamat menunaikan solat Subuh ya awak. Tkasih sekali lagi atas penerimaan saya yang hina dan tidak sempurna ini di FB awak..dan terimakasih atas senyumanmu di blog ini..ku jatuh hati...:)
Sekian. Selamat bertugas di jalan Allah ya awak...:)

No comments:

Post a Comment