Sunday, 19 February 2012

Percayalah...bukan benci @ dengki..tapi nak awak bahagia

Satu keputusan yang bukan kerana kesalahan awak..bukan kerana saya benci awak..bukan kerana dengki awak..tapi kerana saya sayang awak. Kalau kehadiran saya menyakiti dan membuat awak tidak selesa sedangkan awak saya sayang...lebih baik saya hilang dari pandangan awak. Saya tahu awak berhati mulia tidak sanggup lakukan 'unfriend' saya..tapi saya sanggup untuk kebahagiaan orang yang saya sayang. Awak..masa kan awak sakit kepala dan nampak awak online saya mampu berdiam diri? Ucapan assalamualaikum ( selamat sejahtera atas kamu)...dibalas dengan kehilangan awak dari chat..amat tidak saya sangka. Namun, pastinya Allah lebih mengetahui kenapa ianya berlaku. Saya tak kisah dengan tiba2 status awak berdua 'berbaju merah' kerana segalanya saya sudah serahkan pada Allah.
Awak...setidak-tidaknya keikhlasan saya untuk mengambil awak sebagai suri hidup saya pernah saya nyatakan. Tiada niat untuk awak saya jadikan kekasih gelap saya kerana saya takut dengan hukum Allah. Allah telah bagi saya rasa sayang terhadap awak sejak awak bersedih saat seseorang mengecewakan awak dan rasa itu Allah tidak tarik lagi dari hati ini. Saya telah dibagi peluang untuk temani awak ketika awak mengadu sakit..diberi peluang saat awak study. Itu semuanya manis. Saya diberi peluang untuk menangis bersama awak saat membaca   nukilan2 di msg inbox ex bf awak. Saya kira saat itu awak perlu disayangi dan dilindungi. Saya merasakan saat itu tiada siapa tempat untuk awak luahkan kerana ditambah lagi dengan kata2 awak..awak tinggalkan Mr awak kerana dah tak da 'rasa' itu..saya telah diuji oleh Allah dengan rasa rindu dan sayang yang akhirnya saya berniat ikhlas keranaNYA juga untuk jadikan awak surihidup saya. Rupa2nya fikiran saya meleset...awak menghendaki Mr R rupa2nya. Menanti selama 4 bulan untuk status in relationship itu.
Dan kini awak bersamanya...awak kelihatan lebih ceria dan gembira.
Apa pun awak..tindakan saya semata2 kerana sayang dan hendak awak selesa ber FB. Saya hanya mampu berdoa..andainya satu hari nanti Allah tetapkan kita ada jodoh...maka jadilah saya 'pelindung' awak yang ingin bawa awak menuju jalan ke syurga. Dan andainya jodoh awak bersama Mr awak...maka kita akhirnya bersaudara.
Untuk awak kecapi kebahgiaan bersama Mr awak satu hari nanti..Jangan tinggalkan solat dalam apa jua keadaan...dan awak.. banyakkan baca al-Quraan. Pastinya ada hikmah dibalik semua ini. Allah nak bagi hanya yang terbaik untuk kita dua sebagai hambaNYA.

No comments:

Post a Comment